window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda HR-V elektrik dipandu uji di Thailand, akan menyusul ke Malaysia juga?

Haris · Feb 3, 2023 04:00 PM

Spyshot: Honda HR-V elektrik dipandu uji di Thailand, akan menyusul ke Malaysia juga? 01

Honda e:NS1 adalah SUV elektrik kompak yang dijangka akan disasarkan untuk pasaran membangun. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2019 dan direka berasaskan Honda HR-V generasi terkini.

Gambar intipan terbaru Honda e:NS1 telah ditemui di Thailand. Portal automotif, Headlightmag telah menerima gambar pandu uji Honda e:NS1 tersebut daripada pembacanya ketika SUV elektrik itu dilihat sedang menggunakan pengecaj awam.

Spyshot: Honda HR-V elektrik dipandu uji di Thailand, akan menyusul ke Malaysia juga? 02

Honda SUV e:Prototype

Sebenarnya, Honda pernah mempamerkan kereta konsep Honda SUV e:Prototype di pameran Thailand Motor Expo 2022 yang berlangsung pada penghujung tahun 2022. Kewujudan kereta konsep ini juga adalah untuk mengetahui sambutan orang ramai terhadap kereta elektrik Honda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Honda SUV e:Prototype ditayang di Thailand, HR-V elektrik untuk pasaran ASEAN?

Spyshot: Honda HR-V elektrik dipandu uji di Thailand, akan menyusul ke Malaysia juga? 01

Honda e:NS1 versi pengeluaran

Honda masih menyimpan angka prestasi dan butiran mekanikal lain buat masa ini tetapi menurut spekulasi, prototaip itu menampilkan generasi ketiga Honda Connect yang menawarkan fungsi canggih termasuk pautan telefon pintar, antara muka pengecaman suara yang sangat canggih, dan kemas kini melalui udara (OTA).

Spyshot: Honda HR-V elektrik dipandu uji di Thailand, akan menyusul ke Malaysia juga? 02

Sebagai rujukan, Honda e:NS1 dan e:NP1 hadir dengan motor elektrik depan (182 PS, 310 Nm) yang disokong oleh bateri ion-litium ternary 53.6 kWj. Jarak pandunya adalah sekitar 420 km. Versi yang lebih premium pula boleh pergi sampai 510 km dan motor elektrik yang digunakan berkuasa 204 PS dan 310 Nm. Ia dipadankan dengan pek bateri 68.8 kWj.

Spyshot: Honda HR-V elektrik dipandu uji di Thailand, akan menyusul ke Malaysia juga? 03

Persamaan keseluruhan Honda e:NS1 dengan Honda HR-V serba baharu saling tak tumpah, hinggalah ke profil coupe yang anggun. Di bahagian hadapan, Honda menggunakan gril yang ditutup sepenuhnya bagi menandakan bahawa ini adalah SUV elektrik.

Bahagian belakang juga walaupun ditutup sebalik samaran tetap memberikan rupa Honda HR-V yang mudah dikenal pasti.

Spyshot: Honda HR-V elektrik dipandu uji di Thailand, akan menyusul ke Malaysia juga? 04

Kehadiran imej intipan ini juga seolah-olah mengesahkan bahawa Honda e:NS1 kini menunggu masa untuk memasuki pasaran Asia Tenggara. Malah, dengan kehadiran Toyota bZ4X yang sudah pun menjengah ke Thailand, Indonesia dan Malaysia, adalah Honda e:NS1 ini juga meletakkan Malaysia dalam senarai?

Baca: SUV EV yang akan dilancar di Malaysia pada 2023: Toyota bZ4X, Smart #1, VW ID.4, dan banyak lagi!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda