window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru Forester GT 2024 edisi Wild Lite 'senyap-senyap' muncul di laman Malaysia - bakal tiba Mei 2024?

Faisal · Feb 9, 2024 02:38 PM

Subaru Forester GT 2024 edisi Wild Lite 'senyap-senyap' muncul di laman Malaysia - bakal tiba Mei 2024? 01

Subaru Forester 2024 bakal menerima pakej trim atau varian baharu tidak lama lagi kerana pendaftaran minat (ROI) telah muncul dalam laman Subaru Malaysia. Maksud di sini ialah Subaru Forester 2024 Wild Lite Edition.

Subaru Forester GT 2024 edisi Wild Lite 'senyap-senyap' muncul di laman Malaysia - bakal tiba Mei 2024? 02

Berdasarkan apa yang dapat dilihat, pakej ini mendatangkan pelekat 'Hill Decal' berbentuk gunung-ganang pada bahagian tepi dan pelekat anti-silau pada bahagian bonet enjin. Selain itu, edisi ini hadir dengan rim dwi-tona eksklusif dengan tayar semua-permukaan Yokohama Geolandar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada itu, ia tampil serupa dengan varian lain melalui enjin 2.0L NA Boxer (156  PS, 196 Nm) yang menghantar kuasa ke semua roda (Symmetrical AWD) melalui transmisi CVT Subaru Lineartronic.

SUV segmen C ini juga lengkap dengan ADAS Subaru EyeSight 4.0 dengan sistem pemanduan autonomi Tahap 2.

Juga bacaMalaysia lancar Subaru Forester 2023 facelift - dari RM 173.5k, gaya moden, ADAS Eyesight 4.0!

Subaru Forester GT 2024 edisi Wild Lite 'senyap-senyap' muncul di laman Malaysia - bakal tiba Mei 2024? 01

Dalam laman Subaru Malaysia, edisi GT Wild Lite disenaraikan sebagai aksesori bukan standard tetapi ia boleh dipasang secara rasmi di pengedar Subaru. Disebabkan itu, jangkaan kami adalah pakej GT Wild akan ditawarkan secara tambahan kepada pelanggan GT Lite, ataupun ditawarkan sebagai varian berasingan, tetapi pada harga sama.

Menurut iklan daripada beberapa pengedar, kit/varian GT Wild Lite akan ditawarkan bermula Mei 2024.

Subaru Forester GT 2024 edisi Wild Lite 'senyap-senyap' muncul di laman Malaysia - bakal tiba Mei 2024? 02

Untuk makluman anda, Subaru Forester facelift (dilancarkan pada Mei 2023) diimport (CBU) dari Thailand dan ditawarkan dalam pasaran kita melalui empat varian, dengan harga seperti berikut:

  • 2.0 i-L EyeSight – RM 173,500
  • 2.0 i-L EyeSight GT Lite – RM 179,500
  • 2.0 i-S EyeSight – RM 183,500
  • 2.0 i-S EyeSight GT Edition – RM 195,500

Juga bacaLama lwn. Baru: Subaru Forester 2024 yang baharu, adakah anda lebih suka reka bentuk yang dikemas kini?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Subaru Forester 2.0 i-L EyeSight

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda