Toyota Corolla Cross 2024 facelift debut - EPB, kluster digital 12.3", CarPlay/Android Auto 'wireless'
Faisal · Feb 8, 2024 07:03 PM
0
0
Toyota Motor Thailand sebentar tadi telah membuat debut global untuk Toyota Corolla Crossfacelift. Ia tampil dengan beberapa pembaharuan eksterior dan naik taraf dari segi kelengkapan.
Pada bahagian luar, Corolla Cross facelift diperbaharui dengan roda 18-inci dwi-tona bercorak ala turbin (reka bentuk roda untuk varian bawah juga diperbaharu), gril depan yang diterapkan terus pada bahagian badan, reka bentuk bampar baharu dan grafik lampu depan yang lebih moden.
Malah, logo hibrid untuk model terbaru ini juga adalah jenis terkini yang bertulis HEV dan lampu isyarat depan untuk model ini ada sentuhan 'sequential'.
Masuk ke bahagian dalam, Corolla Cross facelift dikemaskini dengan pilihan kluster digital penuh bersaiz 12.3 inci, brek parkir elektrik EPB, infotainment 10.1 inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar dan pengecas tanpa wayar Qi yang lebih moden.
Antara kelengkapan baharu yang ditawarkan di pasaran Thailand ialah bumbung suria panoramik.
Dari segi trenkuasa, model di Thailand kekal dengan transmisi jenis CVT dan pilihan nadi 1.8L NA Dual VVT-i 2ZR-FE (139 PS, 172 Nm) atau 1.8L hibrid 2ZR-FXE berkitaran Atkinson (98 PS/142 Nm). Motor elektrik yang dipadankan berkuasa 72/163 Nm. Output trenkuasa ini menghasilkan 122 PS.
Soal keselamatan pula, kawalan pelayaran adaptif pada Corolla Cross facelift diperbaharui dengan jenis All-speed Dynamic Radar Cruise Control dan fungsi Stop and Go.
Untuk Malaysia, harga model pra-facelift ditawarkan seperti di bawah:
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.