window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia lancar Subaru Forester 2023 facelift - dari RM 173.5k, gaya moden, ADAS Eyesight 4.0!

Faisal · May 3, 2023 02:23 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia lancar Subaru Forester 2023 facelift - dari RM 173.5k, gaya moden, ADAS Eyesight 4.0! 01

Pada bahagian luar, Forester facelift tampil dengan fascia baru yang terdiri daripada bampar lebih moden, gril yang lebih agresif dan lampu LED depan yang lebih tirus. Sentuhan baru juga beransur pada bahagian belakang yang mana reka bentuk bampar atau diffusernya menerima sedikit pembaharuan.

Malaysia lancar Subaru Forester 2023 facelift - dari RM 173.5k, gaya moden, ADAS Eyesight 4.0! 02

Melengkapi kemaskini pada eksterior Forester facelift adalah skirting tepi yang lebih minimalis dan rim dwi-tona 18 inci 5 bilah yang lebih ranggi. Apapun, ini untuk varian i-S sahaja. Varian i-L beransur dengan rim 17 inci.

Malaysia lancar Subaru Forester 2023 facelift - dari RM 173.5k, gaya moden, ADAS Eyesight 4.0! 03

Masuk ke bahagian dalam, Forester facelift tampil berbeza dengan ciri tempat duduk kulit bercorak quilted. Tetapi selain daripada itu, ia kekal sama seperti sebelum ini yang mana bahagian kabinnya didominasikan oleh infotainment 8 inci, kamera 360-darjah dan pelaras tempat duduk depan jenis berkuasa.

Malaysia lancar Subaru Forester 2023 facelift - dari RM 173.5k, gaya moden, ADAS Eyesight 4.0! 04

Dari segi trenkuasa juga, ia kekal dengan enjin 2.0L NA 4-silinder flat yang menghasilkan 156 PS dan 196 Nm tork. Kuasa dihantar ke semua roda (Subaru's Symmetrical AWD System) melalui transmisi Lineartronic CVT.

Malaysia lancar Subaru Forester 2023 facelift - dari RM 173.5k, gaya moden, ADAS Eyesight 4.0! 05

Bercakap mengenai teknikal, suspensi pada Forester kali ini dinaik taraf untuk memberi pemanduan yang lebih selesa beserta pengendalian yang lebih mantap.

Juga bacaSubaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’

Malaysia lancar Subaru Forester 2023 facelift - dari RM 173.5k, gaya moden, ADAS Eyesight 4.0! 06

Dalam aspek keselamatan pula, Subaru Forester facelift mendatangkan ciri ADAS Eyesight 4.0 yang mana ia menggunakan set kamera baru. Antara ciri yang ada merangkumi:

  • Autonomous Emergency Steering
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Departure Warning
  • Lane Departure Prevention
  • Pre-Collision Braking
  • Subaru Rear Vehicle Detection (SRVD)
  • High Beam Assist (HBA)

Juga bacaRebiu: Subaru Forester 2.0i-S ES, kualiti yang sukar digambarkan?

Malaysia lancar Subaru Forester 2023 facelift - dari RM 173.5k, gaya moden, ADAS Eyesight 4.0! 07

Secara amnya, setiap pembelian lengkap dengan jaminan waranti 5 tahun atau 100,000 km.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Subaru Forester 2.0 i-L EyeSight

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda