Maruti Suzuki tidak terhenti sekadar Suzuki Jimny 5-pintu ketika pameran India Auto Expo 2023 apabila turut melancarkan sebuah lagi SUV kompak iaitu Suzuki Fronx.
Walaupun sudah mempunyai SUV kompak dalam segmen yang sama dengan Suzuki Brezza, SUV baharu ini merupakan model pembangunan sepenuhnya daripada Suzuki - kata kunci penting dengan perbezaan dengan Brezza.
Dua unit kuasa disediakan untuk Suzuki Fronx. Pertama ialah enjin tiga silinder 1.2 liter aspirasi semula jadi DualJet K12C dengan output 89 PS kuasa kuda dan 113 Nm tork. Kuasa disalurkan kepada roda depan melalui pilihan kotak gear manual 5-kelajuan atau transmisi automatik manual 5-kelajuan (AMT) Suzuki yang digelar Auto Gear Shift (AGS).
Unit kuasa kedua yang ada ialah enjin tiga silinder 1.0 liter turbocaj BoosterJet yang jauh lebih berkuasa yang dilengkapi dengan teknologi hibrid ringan. Enjin ini mengeluarkan 99 PS kuasa kuda dengan tork 148 Nm dengan gandingan kotak gear manual 5-kelajuan atau kotak gear automatik 6-kelajuan konvensional.
Antara perbandingan terbesar Suzuki Fronx adalah ia dibangunkan berdasarkan paltform HEARTECT daripada Suzuki sendiri yang turut digunakan pada Suzuki Baleno dan Suzuki XL6. Untuk Suzuki Brezza pula, ia menggunakan platform Suzuki Global C Platform yang merupakan hasil kerjasama dengan Toyota - berkongsi dengan Toyota Urban Cruiser Hyryder dan Suzuki Grand Vitara.
Secara visual, Suzuki Fronx kelihatan serupa dengan Grand Vitara di bahagian depan, dengan gril mesh trapezoid dan jalur krom di setiap sisi logo Suzuki. Begitu juga dengan reka bentuk lampu depan terpisah di mana lampu siang DRL diletakkan di bahagian atas, manakala lampu depan LED diletakkan di sudut bumper.
Ciri-ciri lain termasuk gerbang roda berwarna hitam persegi, lampu ekor bergaya wraparound, dan plat gelincir di bahagian depan dan belakang memberikan Suzuki Fronx rupa yang lebih sasa secara keseluruhan.
Kedua-dua Fronx dan Brezza penuh dengan ciri-ciri terkini, termasuk sistem infohibur skrin sentuh 9-inci yang sama dengan sambungan telefon pintar tanpa wayar, kemas kini OTA, sistem bunyi Arkamys, kamera 360 darjah, paparan papan pemuka HUD, paparan TFT untuk kluster instrumen serta sambungan aplikasi Suzuki Connect.
Bagi ciri keselamatan pula, terdapat 6 beg udara, ESP, HHA, kawalan pelayaran, paddle shifter dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Brezza berada satu tahap di atas Fronx dengan bumbung suria elektrik dan pencahayaan ambien.
Jadi mengapakah Suzuki menghasilkan dua SUV kompak dalam satu segmen yang sama? Jawapannya adalah Suzuki Fronx dijangka akan dijual melalui saluran pengedar premium iaitu Suzuki Nexa manakala Suzuki Brezza boleh didapati melalui jaringan pengedar Suzuki Arena.
Hal ini juga memberi kesan terhadap servis selepas jualan Suzuki Fronx mungkin sedikit lebih baik dengan pengedar premium, walaupun dijual pada harga yang setara. Maruti Suzuki juga percaya bahawa jualan Suzuki Fronx tidak akan mengganggu jualan Brezza, tetapi lebih disasarkan kepada SUV kompak lain seperti Nissan Magnite.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen