window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ?

Haris · May 15, 2021 11:59 AM

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 01

Toyota kini merupakan sebuah jenama automotif terbesar di dunia. Tahukah anda, beberapa model yang laris di seluruh dunia adalah sumbangan daripada maklum balas jaringan pengedar yang kompleks di Jepun? Ya, model Toyota yang anda gunakan sekarang sebenarnya dibangunkan berdasarkan citarasa rakyat Jepun. 

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 02

Lambang Toyota yang dikenali hari ini pertama kali digunakan pada Toyota Celsior, 1989.

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet adalah 4 pengedar utama Toyota di Jepun. Kenapa perlu sampai 4 pengedar? Bagaimana pula mereka membentuk model Toyota kegemaran anda? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu menelusuri budaya Jepun dalam proses pembelian kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 01

Foto: Nikkei Asia

Jika anda mahu membeli mana-mana model Toyota di Jepun, anda perlu mengetahui saluran pengedar mana yang ada menjual model yang anda mahukan. Misalnya jika anda mahukan Toyota Alphard, anda perlu pergi ke bilik pameran Toyopet, manakala Toyota Vellfire pula eksklusif untuk pengedar Netz.

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 02

Sistem saluran pengedar ini tidaklah unik kepada Toyota sahaja. Honda misalnya, pernah ada 3 pengedar iaitu Primo, Verno dan Clio. Ketiga-tiga saluran pengedar tersebut kini telah disatukan di bawah Honda Cars.

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 03

Stiker cermin depan klasik JDM

Berbalik kepada budaya pembelian kereta, Jepun adalah sebuah negara yang terkenal dengan maruah dan harga diri justeru khidmat selepas jualan menjadi aspek penting dalam pembelian kenderaan. Di Malaysia, selepas menyerahkan kunci, penasihat jualan tiba-tiba diserang angin ahmar lalu terus melupakan anda.

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 04

Foto: The Japan Times

Pelanggan dan penasihat jualan membentuk hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain. Hal ini bermakna, penasihat jualan tersebut akan berkhidmat untuk pelanggan yang sama hampir keseluruhan hidupnya.

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 05

Penasihat jualan yang sama akan mengesyorkan kereta baharu untuk anda apabila anda naik pangkat, anak bertambah mahupun kenderaan persaraan. Malah, kereta pertama anak anda mungkin dari penasihat jualan yang sama. Ini baru betul ‘penasihat jualan’.

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 06

Dengan hubungan yang sangat mendalam, tak banyak aksi tawar menawar, free gift tinted dan payung percuma yang boleh diperolehi oleh pelanggan. Sebagai gantinya, penasihat jualan ini juga akan memastikan kenderaan anda dijaga sempurna, walaupun selepas tamat jaminan. Bukan sesuatu yang pelik jika beberapa kerosakan di luar jangkaan akan diganti secara percuma.

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 07

Takaoka, tempat kelahiran Toyota Harrier. Pengedar: Toyopet

Selain itu, Toyota juga mengamalkan pendekatan ‘bottom up’ untuk pembangunan kenderaan mereka. Secara mudahnya, keempat-empat pengedar ini memberitahu Toyota mengenai citarasa pelanggan dan kesesuaian model berdasarkan demografik pelanggan masing-masing.

Hal ini berbeza dengan kajian pasaran yang biasa dilakukan oleh jenama kereta lain sama ada melalui kajian sendiri, atau mengupah konsultan luar untuk mengesyorkan ciri-ciri kereta yang dimahukan pelanggan. 

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 08

Saluran pengedar yang berbeza juga memastikan demografik pelanggan yang lebih khusus. Misalnya pengedar Netz menjurus ke arah golongan muda mudi - di mana Toyota Vellfire, Toyota Vitz (kini Yaris) dan Toyota Tank dijual. Pengedar Corolla pula pakar dalam menarik pelanggan 'makan gaji' dengan barisan model Toyota C-HR, Toyota Camry, Toyota Prius dan kesemua model Toyota Corolla.

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 09

Gambar dan info dari Abang Jakpar

Satu lagi fakta menarik adalah Netz juga turut mempunyai cawangan perniagaan di Malaysia. Toyota cawangan Prai di Pulau Pinang telah diambil alih oleh S&D Tama Malaysia pada tahun 2018. Syarikat ini juga merupakan syarikat di bawah naungan Netz Toyota Tama Co. Ltd. 

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 10

Toyota Estima, mangsa terawal yang digugurkan

Walaubagaimanapun, globalisasi telah memaksa Toyota untuk memperkemaskan jaringan pengedar mereka. Sejak Mei 2020, tiada lagi model eksklusif untuk pengedar. Pelanggan boleh pergi ke mana-mana pengedar untuk membeli Toyota Alphard atau Toyota Vellfire.

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 11

Barisan produk Toyota juga akan dikemaskini - misalnya Toyota Vellfire akan digugurkan untuk memberi peluang kepada Toyota Alphard lebih berjaya. Begitu juga Toyota Passo (Perodua Myvi generasi kedua) akan digugurkan kerana wakil hatchback segmen B kini adalah Toyota Yaris.

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ? 12

Daripada menghasilkan 3-4 model dalam satu segmen, Toyota kini ada 1 model dengan 3 jenis badan. Toyota Yaris, GR Yaris dan Yaris Cross

Langkah ini bertujuan untuk merasionalisasikan kos pengeluaran Toyota yang semakin meningkat. Toyota mempunyai terlalu banyak model yang mengurangkan tahap efisiensi pengeluaran. Adakah anda peminat Toyota Vellfire?

Bacaan menarik lain:

Dominan! Honda Civic rupanya dah singkirkan 6 sedan segmen C di Malaysia. Tahu yang mana?

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu?

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda