window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki RG Sport 110, legenda kapcai dua lejang yang ada 'umph'

Khairil ยท Feb 5, 2021 10:00 AM

Suzuki RG Sport 110, legenda kapcai dua lejang yang ada 'umph' 01

Jika berbicara mengenai jenama motosikal Suzuki di Malaysia, antara model yang pantas terpacul pastinya RG Sport 110 yang pernah 'merajai' dunia moped atau kapcai tempatan satu ketika dulu.

Diperkenalkan oleh Suzuki di Malaysia pada sekitar awal 90-an, populariti RG Sport 110 pada zaman kemuncaknya boleh diibaratkan seperti 'YSuku' ketika ini malah pernah diberi julukan sebagai moped sempurna.

Tiba dengan harapan untuk 'mengacau' kehebatan Yamaha SS 110, RG Sports 110 berjaya melakukan tugasnya itu dengan baik menerusi spesifikasi yang dikatakan lebih gah berbanding lawannya dalam kelas yang sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki RG Sport 110, legenda kapcai dua lejang yang ada 'umph' 01

Sumber imej: Kelab Pemilik & Peminat Suzuki RG/RGV/RGX Sport Malaysia

Antara kelebihan RG Sport 110 ketika itu ialah penggunaan teknologi yang lebih 'advance'. Dan antara yang paling ketara adalah ia menggunakan transmisi 5 kelajuan.

Selain itu, ia turut menjadi motosikal moped pertama yang didatangkan dengan meter rpm, salah satu ciri yang tiada pada motosikal kapcai ketika itu.

Menambah lagi kekuatannya, RG Sport 110 turut menggunaan penyerap hentak tunggal atau monoshock di bahagian belakang dan penggunaan kerangka deltabox serta peletak kaki belakang jenis gantung menyaksikannya tunggangannya menjadi 'sedap' dan 'hemsem' membuatkannya diminati ramai terutama mat-mat motor.

Suzuki RG Sport 110, legenda kapcai dua lejang yang ada 'umph' 02

Sumber imej: Kelab Pemilik & Peminat Suzuki RG/RGV/RGX Sport Malaysia

Seperti motosikal dua lejang yang lain, RG Sport 110 mempunyai daya pecutan yang hebat malah kemampuannya untuk memecut dengan laju mmembuatkannya menjadi pilihan di arena perlumbaan.

Malah, ada pengguna mendakwa kelajuan motor Suzuki RG Sport 110 ini boleh mencecah sehingga 180 kmj dengan sedikit pengubahsuaian.

Suzuki RG Sport 110, legenda kapcai dua lejang yang ada 'umph' 03

Sumber imej: Retro Cubprix

Di pentas perlumbaan terkenal tempatan iaitu Cub Prix Malaysia, ia pernah ditunggang pelumba otai negara Wazi Abdul Hamid dan meraih pelbagai kejayaan.

Turut dibekalkan dengan brek cakera depan, rata-rata pemiliknya memberi respon yang cukup baik dengan RG Sport 110 memberikan tunggangan yang menyeronokkan.

Suzuki RG Sport 110, legenda kapcai dua lejang yang ada 'umph' 04

Bukan saja dari sudut prestasi, RG Sport 110 juga boleh dikatakan bergaya dari sudut reka bentuk dan dianggap menarik ketika itu. Tidak seperti pencabar utamanya iaitu Yamaha SS 110 yang tampil sisi lebih tajam, rekaannya lebih bulat tetapi menarik.

Suzuki RG Sport 110, legenda kapcai dua lejang yang ada 'umph' 05

Sumber imej: Kelab Pemilik & Peminat Suzuki RG/RGV/RGX Sport Malaysia

Selepas merajai arena moped tempatan, kehadiran beberapa model baru termasuk RGV 120 selain tindak balas Yamaha menerusi pengenalan Yamaha 125Z akhirnya menamatkan dominasi RG Sport 110.

Ketika ini, jika melayari laman web jual beli terkenal tempatan, harga RG Sport 110 boleh dianggap murah malah ada penjual mengiklankan motosikal berkenaan pada harga bawah RM2,000 mengikut tahun pembuatan.

Suzuki RG Sport 110, legenda kapcai dua lejang yang ada 'umph' 06

Justeru, seperti motosikal berstatus legenda lain, ramai peminatnya ketika ini sedang galak merestorasi kembali jentera ini. Berikut adalah pautan di Youtube mengenainya.

Berbalik kepada Suzuki, ketiadaan penyambung legasi terhadap model-model legendanya termasuk RG Sport 110 atau RGV 120 menyaksikan permintaan terhadap motosikal jenama berkenaan menurun dan ketinggalan di belakang pesaingnya.

Natijahnya, Suzuki Motor mengambil keputusan menutup kilang pemasangan motosikal di Malaysia pada 2016.

Ketika ini, Suzuki mungkin tidak lagi segah dulu ada berita gembira apabila syarikat berkenaan dikhabarkan akan membuat penampilan semula di negara ini tidak lama lagi di sini. Anda teruja? Ya kami pun sama.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda