window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Vitara Allgrip bakal tiba di Filipina, pesaing X50 yang dilengkapi 4WD dan pernah dijual di Malaysia!

Haris · May 26, 2021 02:00 PM

Suzuki Vitara Allgrip bakal tiba di Filipina, pesaing X50 yang dilengkapi 4WD dan pernah dijual di Malaysia! 01

Suzuki Philippines Inc, wakil Suzuki di Filipina nampaknya teruja dengan tawaran terbaharu mereka di sana. Tempias keterujaan ini mungkin boleh terasa sampai ke sini kerana model tersebut adalah Suzuki Vitara, SUV kompak dari Suzuki yang pernah mewarnai industri automotif Malaysia.

Suzuki Vitara Allgrip bakal tiba di Filipina, pesaing X50 yang dilengkapi 4WD dan pernah dijual di Malaysia! 02

Crossover segmen B ini hanya ditawarkan dalam 3 pasaran ASEAN sahaja - Brunei, Singapura, dan terbaru, Filipina di mana rakyat Filipina dapat menjangkakan varian baru akan tiba dalam minggu ini. Berikut adalah beberapa iklan acah Suzuki Vitara yang disiarkan di laman Facebook rasmi Suzuki Filipina.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Varian tersebut digelar sebagai Suzuki Vitara AllGrip dan akan dilancarkan pada 28-Mei 2021 secara rasminya.

Suzuki Vitara Allgrip bakal tiba di Filipina, pesaing X50 yang dilengkapi 4WD dan pernah dijual di Malaysia! 01

Varian terbaru ini akan menjadi tambahan kepada barisan model Suzuki Vitara di Filipina yang terdiri daripada varian GLX pacuan roda hadapan. Model Suzuki Vitara psaran Filipina ini diimport dari Hungary.

Suzuki Vitara Allgrip bakal tiba di Filipina, pesaing X50 yang dilengkapi 4WD dan pernah dijual di Malaysia! 02

Suzuki Vitara AllGrip akan menjadi SUV segmen B pertama di Filipina yang dilengkapi dengan pacuan 4WD. Ia akan bersaing secara langsung dengan model nombor 1 dalam segmen ini iaitu Geely Coolray (turut dikenali sebagai Proton X50).

AllGrip adalah istilah Suzuki untuk sistem pacuan semua roda (AWD). Suzuki Vitara menggunakan sistem masa-nyata (AllGrip Select) yang menggunakan pengganding likat (viscous coupling) untuk mengedarkan daya cengkaman ke roda belakang ketika mengesan gelinciran di bahagian hadapan secara automatik.

Ini juga sistem yang sama seperti Mitsubishi Super Select 4WD II namun pada skala yang lebih kecil.

Suzuki Vitara Allgrip bakal tiba di Filipina, pesaing X50 yang dilengkapi 4WD dan pernah dijual di Malaysia! 03

Walaupun dipacu 4WD, Vitara AllGrip masih dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.6 liter NA M16A yang sama. Tujahan kuasa juga tampak bertenaga pada 115 PS dan 156 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan dengan kelengkapan paddle shifter.

Suzuki Vitara Allgrip bakal tiba di Filipina, pesaing X50 yang dilengkapi 4WD dan pernah dijual di Malaysia! 04

Filipina akan menjadi pasaran kedua di ASEAN yang melancarkan Vitara versi 4WD selepas Brunei. Suzuki Vitara pasaran Singapura hanya tersedia dengan pacuan roda hadapan (FWD) dengan enjin 1.4 liter bercaj turbo Boosterjet (138 PS / 220 Nm).

Suzuki Vitara Allgrip bakal tiba di Filipina, pesaing X50 yang dilengkapi 4WD dan pernah dijual di Malaysia! 05

Dengan harga dari P 1,458 juta (sekitar RM 125,000), Suzuki Vitara AllGrip akan menjadi crossover termurah dengan pacuan 4WD. Namun, adakah harga cukup untuk meyakinkan pembeli daripada Geely Coolray yang berharga dari P 978,000 (sekitar RM 84,000)?

Bacaan Lanjut:

Suzuki Ciaz mungkin akan ‘rebadge’ sebagai Toyota, tapi bukan guna nama Vios

Suzuki Ciaz 2021 dikemaskini di Thailand - lebih murah dari Vios tapi lebih besar!

Suzuki Swift 1.2L generasi baru untuk Malaysia akan diimport dari Thailand, pelancaran tahun 2022?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Suzuki Vitara Facelift

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda