window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SYM Husky ADV 2022, lagi pencabar Honda ADV 150 buat 'debut'!

Khairil ยท Dec 8, 2021 07:00 PM

SYM Husky ADV 2022, lagi pencabar Honda ADV 150 buat 'debut'! 01

Selain Aprilia, syarikat pengeluar motosikal terkemuka Taiwan, SYM atau Sanyang Motor Co. Ltd tidak mahu ketinggalan untuk menyertai saingan dalam segmen skuter 'Adventure' dan model yang dipertaruhkan adalah SYM Husky ADV 2022.

Dan seperti jenama popular Itali itu, skuter dengan rekaan menarik dan cukup 'sporty' itu turut dilancarkan SYM di pentas berprestij, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 yang berlangsung, baru-baru ini.

Juga baca: SYM perkenal Joyride 300 2022, sedia cabar Yamaha XMax, BMW C 400 GT!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SYM Husky ADV 2022, lagi pencabar Honda ADV 150 buat 'debut'! 01

Dalam segmen skuter ADV aras mula, model yang dianggap sebagai pencetus populariti adalah Honda ADV 150 yang dilancarkan beberapa tahun lalu dan ia terus mendapat perhatian sehingga kini.

Berbalik kepada SYM Husky ADV 2022, SYM sememangnya melakukan tugasnya dengan cemerlang dengan rekaan model berkenaan sememangnya memberikan rasa teruja, cukup agresif, selari dengan status sebagai model ADV.

Juga baca: SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap!

SYM Husky ADV 2022, lagi pencabar Honda ADV 150 buat 'debut'! 02

Rekaan ala hasil karya Eropah itu bertambah menarik menerusi rekaan lampu depan 'menjeling' yang sememangnya berbeza.

Dari sudut trenkuasa, SYM Husky ADV 2022 ini dikuasakan enjin 150 cc, 1 Silinder, 4 Injap, SOHC, Penyejuk Cecair. Kuasa yang dihasilkan ialah 14.4 Hp pada 7,500 rpm dan tork 14.5 Nm pada 6,000 rpm.

SYM Husky ADV 2022, lagi pencabar Honda ADV 150 buat 'debut'! 03

Sebagai perbandingan, Honda ADV 150 menghasilkan kuasa 14.6 Hp pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 6,500 rpm.

Sebagai model ADV, SYM Husky ADV 2022 dipadankan dengan pelbagai ciri yang menyerlahkan sebagai model 'lasak' menerusi penggunaan 'travel' suspensi yang panjang, jarak lega bumi yang besar, tayar 'dual-purpose'.

Juga baca: Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan!

SYM Husky ADV 2022, lagi pencabar Honda ADV 150 buat 'debut'! 04

Sistem lampu, termasuk lampu siang (DRL) menggunakan LED dengan panel meter menggunakan LCD TFT yang lengkap dengan pelbagai informasi serta mempunyai ciri pencerahan automatik.

SYM Husky ADV 2022, lagi pencabar Honda ADV 150 buat 'debut'! 05

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dengan absorber tunggal di bahagian belakang dengan sistem brek menggunakan brek cakera tunggal bersaiz 260 mm dan (depan) dan brek cakera bersaiz 233 mm (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran sebagai standard.

SYM Husky ADV 2022, lagi pencabar Honda ADV 150 buat 'debut'! 06

Ia dilengkapi dengan rim bersaiz 13 inci depan dan belakang dengan tayar bersaiz 120/70 (depan) dan 130/70 (belakang). 

SYM Husky ADV 2022, lagi pencabar Honda ADV 150 buat 'debut'! 07

Begitupun, salah satu ciri yang paling menarik perhatian adalah kapasiti tangki bahan apinya yang sebesar 15 liter. Kapasiti sebesar itu kebiasaanya hanya dipadankan pada skuter bersesaran besar.

Tidak diketahui sama ada SYM akan membawa masuk SYM Husky ADV 2022 ini ke pasaran tempatan namun kehadirannya jelas sesuatu yang dialu-alukan.

Juga baca: MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang

SYM Husky ADV 2022, lagi pencabar Honda ADV 150 buat 'debut'! 08

Di pasaran Malaysia, selain pilihan popular iaitu Honda ADV 150 yang dijual pada harga asas RM 11,999, turut mengisi persaingan berkenaan adalah WMoto Xtreme 150i yang mempunyai tanda harga RM 9,588 (asas).

Sumber imej: Sym Motor Global, Sym Italia

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda