window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan!

Khairil · Nov 27, 2021 02:00 PM

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 01

Ekslusif, elegan dan nampak cukup sofistikated. Itu gambaran mudah ketika pertama kali penulis melihat 'saudara' skuter SYM Jet X 150 iaitu GPX Drone 150 yang dilancarkan lebih awal di pasaran negara jiran, Thailand.

Justeru, ketika MForce mengeluarkan imej 'teaser' yang mirip skuter berkenaan bakal tiba di pasaran tempatan, ia sememangnya mencetus keterujaan. 

Juga baca: Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 01

Sebagai model skuter keluaran syarikat dari Taiwan yang dilabel 'Scooter nation' iaitu SYM atau Sanyang Motor Co, keraguan terhadap beberapa isu mengenai SYM Jet X 150 ini sememangnya sudah pun berkurangan. 

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 02

Dengan rekaan yang menarik dan dilancarkan pada harga jualan RM 8,888 (asas), SYM Jet X 150 2021 ini jelas tampil sebagai skuter dengan tawaran harga paling rendah berbanding pesaingnya di negara ini.

Juga baca: SYM Maxsym 400 2021, lebih futuristik, ringan, prestasi tambah mantap!

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 03

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 04

Dan selepas beberapa bulan dilancarkan, kami diberi peluang menunggang ujinya selama beberapa hari dan ini 5 perkara 'best' selain perkara kurang 'cun' yang kami di WapCar dapat simpulkan mengenai skuter ini. 

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 05

1. Tunggangan yang meyakinkan

Andai berpandukan kepada dimensi SYM Jet X 150, ia sememangnya skuter yang 'sasa' namun ia sekali gus memberikan kualiti tunggangan agak meyakinkan. Ia cukup stabil ketika ditunggang meredah lebuh raya dan menariknya, tidak begitu sukar untuk dibawa meredah laluan sibuk seperti di Kuala Lumpur walaupun ketika waktu puncak.

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 06

2. Kuasa, tork yang mencukupi

Sebagai jenama yang boleh dianggap jaguh dalam segmen skuter, enjin yang dibekalkan SYM terhadap SYM Jet X 150 ini boleh disifatkan berkualiti. Bunyi enjin yang dikeluarkan tidak terlalu kasar dan ia boleh kuasanya boleh 'diperah' ketika diperlukan. 

Juga baca: MyMAP dilancar, SYM VF3I 185 motosikal pertama dapat penarafan 5 bintang

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 07

Apa yang menarik, untuk lelaki berbadan 'sasa' seperti penulis, skuter ini boleh dikerah sehingga melebihi 130 km/j. Tork mungkin sedikit mendatar namun ia boleh dijangka untuk skuter sebesar ini.

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 08

3. Rekaan yang 'hensem' dan memikat

Seperti dinyatakan lebih awal, antara kelebihan SYM Jet X 150 ini adalah reka bentuknya yang 'kacak', ekslusif dan elegen. Seperti dalam iklannya, model yang digunakan memakai pakaian untuk ke pejabat dan ia sememangnya cukup sesuai. Tetapi pada pandangan penulis, 'kehenseman' itu lebih menyerlah ketika waktu malam menerusi rekaan lampu depan yang menarik.

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 09

4. Tiada ABS, tiada masalah

Sekalipun tidak dilengkapi ciri penting iaitu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kuasa brek yang melengkapi SYM Jet X 150 ini iaitu CBS (Combine Brake System) boleh dianggap memuaskan. Tiada rasa 'goyang' atau berbuai ketika menekan tuil brek ditekan dengan keras dan ia sememangnya mampu memberikan keyakinan.

Juga baca: SYM Crox 150 RX 2021 diperkenal, taruhan SYM cabar Honda ADV 150?

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 10

5. Bunyi ekzos sporty dan pelana yang selesa

Untuk skuter yang mempunyai reka bentuk yang elegan, bunyi ekzos yang dikeluarkan agak sporty malah ada bunyi 'pop' jika anda tahu memerahnya. Untuk kualiti pelana, ia boleh dianggap lembut dan tidak terlalu keras.

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 11

Apa yang kurang best?

Daripada pandangan penulis, sistem suspensi SYM Jet X 150 ini sedikit keras terutama ketika menempuh laluan tidak sekata ataupun terlanggar lubang. Begitupun, fungsi absorber belakang yang datang dengan ciri boleh sedikit membantu.

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 12

Selain itu dengan saiznya yang agak 'sasa', ia mungkin kurang cocok untuk wanita namun jika hati sudah terpaut, ia bukannya satu masalah yang besar.

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 13

Kesimpulan

Jika dibandingkan kepada harga yang ditawarkan oleh MForce dengan spesifikasi yang diberikan kepada skuter ini, ia adalah satu pelaburan yang berbaloi terutama kepada sesiapa yang tidak mementingkan 'kebanggaan' jenama.

Tunggang uji SYM Jet X 150 2021: Jawapan buat peminat skuter ekslusif, bergaya, elegan! 14

Jadi pada hemat kami, jika anda mempunyai minat, bajet yang mencukupi, teruskan saja dengan niat anda itu.

Juga baca: GPX Thailand lancar Drone 4V, enjin 4 Injap, lebih jimat petrol, harga bermula RM 8.8k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda