window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak macam bola sepak, pusingan ke-2 Cub Prix 2021 masih tanpa kehadiran peminat di litar!

Khairil ยท Apr 2, 2021 09:00 PM

Tak macam bola sepak, pusingan ke-2 Cub Prix 2021 masih tanpa kehadiran peminat di litar! 01

Atas beberapa faktor, kehadiran penonton bagi menyaksikan perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang bakal berlangsung di Litar Sepang Utara, hujung minggu ini masih tidak dibenarkan.

Ia berbeza dengan salah satu sukan paling popular, bola sepak di mana kemasukan penonton ke stadium atau lokasi bagi kejohanan-kejohanan sukan seperti Liga Malaysia sudah dibenarkan, bermula 1 April lalu.

Tak macam bola sepak, pusingan ke-2 Cub Prix 2021 masih tanpa kehadiran peminat di litar! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, ia masih tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Penganjur perlumbaan berprestj berkenaan, Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd mempunyai alasan tersendiri mengapa keputusan yang boleh disifatkan sebagai mengecewakan itu dibuat.

Tak macam bola sepak, pusingan ke-2 Cub Prix 2021 masih tanpa kehadiran peminat di litar! 01

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg

“Sememangnya kami amat merindui suasana meriah dengan kehadiran para penonton dan peminat sukan lumba motosikal.

"Akan tetapi, Kejuaraan Cub Prix akan bercuti selama dua bulan selepas pusingan kedua ini untuk menghormati bulan mulia Ramadan serta Syawal.

"Oleh itu, kami berkeputusan untuk mengikuti SOP tanpa penonton buat masa ini. Dengan lebih masa untuk membuat persiapan yang sepatutnya sebelum kehadiran penonton dibenarkan semula, pihak penganjur akan lebih bersedia untuk memastikan suasana yang selamat untuk semua,” kata Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg. 

Tak macam bola sepak, pusingan ke-2 Cub Prix 2021 masih tanpa kehadiran peminat di litar! 02

Pada pusingan pertama yang turut berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara, dua minggu lalu, pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing Team, Mohd Muzakkir Mohamed yang menggunakan jentera Yamaha merangkul kemenangan pada kelas elit, CP150.

Tak macam bola sepak, pusingan ke-2 Cub Prix 2021 masih tanpa kehadiran peminat di litar! 03

Dalam kategori pertengahan CP125, juara bertahan Mohd Syafiq Rosli dan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor masih dominan manakala dalam kategori Wira KBS pula, ia didominasi pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing.

Tak macam bola sepak, pusingan ke-2 Cub Prix 2021 masih tanpa kehadiran peminat di litar! 04

Ia berikutan ketiga-tiga pelumba pasukan berkenaan, Mohd Syamil Amsyar Iffende, Danial Johan serta Mohd Aqil Danial Nasrul berjaya menyambar kedudukan 1-2-3 dalam perlumbaan Wira Akhir.

Sebagai info, pusingan kedua di Litar Sepang Utara akan bermula dengan sesi latihan dan kelayakan pada Sabtu. Perlumbaan akan bermula dari jam 12 tengah hari pada Ahad.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda