window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat?

Mersita · Jul 28, 2020 04:00 PM

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 01

Tak kira betapa canggihnya kereta anda, tayar pancit atau bocor adalah salah satu daripada masalah yang akan anda hadapi. Walaupun kereta anda menggunakan tayar 'run flat', lubang tersebut masih perlu dibaiki. Kalau bocor atau koyak besar sangat, memang tak boleh nak buat apa selain tukar tayar baru. Tapi, tayar yang pancit selalunya disebabkan oleh paku atau skru.

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 02

Skru dalam tayar

Jika anda dapati tayar kereta dah pancit, anda disarankan untuk cepat-cepat baikinya – samada pandu ke bengkel dengan tayar ‘spare’ atau buat sendiri. Ada 2 cara untuk membaiki tayar pancit – menyumbat dan menampal. Selalunya, kedai tayar tak tanya-tanya dah, mereka akan sumbat terus.

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 03

Walaupun menyumbat tayar yang pancit di kedai adalah cara yang pantas dan murah, beberapa tayar perlukan tampalan. Menampal tayar dikira sebagai langkah baiki tayar yang lebih tinggi kualitinya - tapi ia lebih rumit untuk dilakukan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa itu penyumbat tayar?

Penyumbat tayar ialah jalur kulit yang pendek dan diselaputi dengan gentian getah mentah yang melekit. Apabila disumbat masuk ke dalam lubang pancit tersebut, penyumbat ini menutup lubang itu sepenuhnya.

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 01

Penyumbat tayar

Apa itu penampal tayar?

Penampal tayar ialah ‘plaster’ pelekat mentah untuk menampal bahagian dalam tayar. Penggunaan penampal tayar memerlukan tayar tersebut dicabut daripada rimnya.

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 02

Penampal tayar. Gambar: slime.com

Kaedah mana satu yang lebih baik?

Penampal tayar menampal tayar dari dalam manakala penyumbat pula menyumbat tayar dari luar.

Penggunaan penampal tayar membolehkan anda untuk membuat pemeriksaan keadaan tayar yang lebih menyeluruh. Penampal juga melekat dengan lebih baik kerana kaedah pemasangannya yang lebih teliti.

Kos menampal tayar berharga sekitar RM 30 manakala kos menyumbat tayar pula selalunya berharga kurang dari RM 10.

Penggunaan penyumbat sepatutnya untuk “sementara”, tapi ia adalah cara yang cepat dan mudah untuk membaiki tayar pancit tanpa perlu mencabut tayar. Memandangkan penyumbat tayar menutup lubang pancit dari luar, ia juga menghalang air daripada masuk ke ‘belt’ keluli di dalam tayar anda.

Dah tu, kenapa tak guna dua-dua je?

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 03

Cik abang, kita cakap pasal tayar, ya..

Ya, itulah yang sering disarankan oleh pengilang-pengilang tayar. Pengilang tayar berpendapat yang satu-satunya kaedah yang boleh digunapakai adalah cabut tayar dari rodanya, dan gunakan kombinasi tampal-sumbat dari belah dalam tayar tersebut. Alat tampal-sumbat ini ada dijual dimana penampal dan penyumbat digabungkan dalam satu produk.

Apa itu penampal tayar (tampal-sumbat)?

Tampal-sumbat ialah gabungan antara penampal dan penyumbat. Rupanya seperti cendawan.

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 04

Bagaimana tampal-sumbat tayar dilakukan?

Anda harus mencabut tayar dari rodanya. Penggunaan tampal-sumbat memerlukan lebih banyak peralatan berbanding penggunaan penyumbat tayar yang biasa. Anda perlukan:

  • Satu tampal-sumbat
  • ‘Rubber prep’ (untuk ‘buffing’)
  • Roda ‘buffing’
  • Simen pemvulkanan
  • Penjahit penampal tayar
  • ‘Reamer’

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 05

Video yang dihasilkan oleh Jacob Dyneko di bawah dengan jelasnya menunjukkan cara tampal-sumbat dilakukan:

Apa yang anda boleh lihat di belah dalam tayar?

Jika anda pernah memandu dengan tayar yang pancit, dinding sisi tayar tersebut boleh hancur dan ini menghasilkan cebisan getah di dalam tayar. Ini bermaksud dinding dalaman tayar tersebut ada masalah. Jika anda ternampak kes ini, anda perlu menukarnya kepada tayar baru. Tiada penyumbat atau penampal yang boleh membaiki kes ini.

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 06

Memandu dengan tayar pancit akan menyebabkan dinding dalam tayar terhakis. Gambar: South Main Auto

Adakah ini bermaksud penyumbat tayar tak elok?

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 07

Kelengkapan menyumbat tayar dengan ‘reamer’, alat pemasukan, penyumbat, dan satu tiub simen getah.

Tidak. Walaupun penyumbat tayar sepatutnya digunakan sebagai solusi sementara, penyumbat tayar selalunya bertahan agak lama bergantung pada gaya pemanduan anda. Kami pasti ada yang pernah menyumbat tayar pancit kereta mereka dan ia tahan sampai tayar botak. Tapi, untuk keselamatan, adalah lebih baik untuk bawa kereta anda untuk pemeriksaan tayar yang lebih menyeluruh.

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 08

Tayar ‘spare’ Perodua Myvi bersaiz penuh. Gambar: KL Gadget Guy

Dalam keadaan kecemasan, menyumbat tayar anda adalah solusi yang cukup baik. Jika anda tiada peralatan atau tiada kedai tayar yang berhampiran, mempunyai tayar ‘spare’ bersaiz penuh betul-betul memudahkan anda. Tak perlulah bergegas-gegas ke kedai tayar di tengah minggu.

Bagaimanakah rupa penyumbat tayar dari sebelah dalam tayar?

Macam ni:

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 09

Gambar: ScrewsNutsandBolts

Bagaimanakah rupa penampal tayar dari sebelah dalam tayar?

Macam ni:

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 10

Gambar: slime.com

Bagaimanakah rupa penampal-penyumbat dari sebelah dalam tayar?

Macam ni:

Tayar pancit: Patutkah anda tampal atau sumbat? 11

Secara ringkasnya, pengilang tayar akan menyarankan anda untuk menggunakan kaedah tampal-sumbat yang menggabungkan kebaikan kedua-duanya. Mencabut tayar dari rodanya membolehkan pemeriksaan yang lebih menyeluruh dibuat untuk memastikan keadaan tayar anda. Walaupun menyumbat tayar sepatutnya jadi solusi sementara, ia adalah cara yang paling cepat dan senang (anda pun boleh buat sendiri!) tanpa perlu mencabut tayar dari rodanya.

Tak kisahlah tampal, sumbat, atau tampal-sumbat, ada jenis kerosakan tayar yang sememangnya tak boleh dibaiki menggunakan mana-mana kaedah ini. Kadang-kadang, lebih bagus jika anda beli saja tayar baru.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda