window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Thailand kemaskini Toyota Yaris dan Yaris Ativ (Vios untuk kita) dengan 'throttle booster'!

Haris · Sep 17, 2021 06:00 PM

Thailand kemaskini Toyota Yaris dan Yaris Ativ (Vios untuk kita) dengan 'throttle booster'! 01

Toyota Motors Thailand telah memperkenalkan versi 2021 untuk hatchback dan sedan popular, iaitu Toyota Yaris dan Yaris Ativ (dikenali sebagai Vios kepada kita).

Perbezaan utama antara Yaris Ativ untuk pasaran Thailand dan Vios yang dijual tempatan adalah enjin. Toyota Yaris Ativ menggunakan enjin 1.2 liter yang lebih kecil untuk memenuhi piawaian Ecocar di negara tersebut.

Sebagai tambahan kepada kemaskini estetik luaran dan dalaman untuk kedua-dua model, rangkaian model 2021 kini menawarkan pakej aksesori tambahan yang merangkumi pakej X-Urban, khusus untuk Yaris.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Thailand kemaskini Toyota Yaris dan Yaris Ativ (Vios untuk kita) dengan 'throttle booster'! 01

Tersedia pada kedua model ini juga adalah 'Pakej Flash II' pilihan yang menambah lebih banyak estetik tambahan, stiker grafik dan kotak kawalan elektronik "Active Speed" yang didakwa dapat meningkatkan tindak balas pendikit. Pakej ini berharga THB 15,700 (RM 1.9k) dan THB 17,400 (RM 2.2k) untuk Yaris Ativ dan Yaris.

Spesifikasi trenkuasa tetap tidak berubah dari model yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2017, yang menampilkan enjin 4-silinder 1.2 liter (3NR-FE) dengan injap pemasa berubah-ubah (VVT) yang memberikan puncak kuasa 92 PS dan 109 Nm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik jenis CVT.

Thailand kemaskini Toyota Yaris dan Yaris Ativ (Vios untuk kita) dengan 'throttle booster'! 02

Thailand kemaskini Toyota Yaris dan Yaris Ativ (Vios untuk kita) dengan 'throttle booster'! 03

Kedua-dua Toyota Yaris dan Yaris Ativ ditawarkan dalam 3 pilihan varian - Entry, Sport, dan Sport Premium.

Harga Toyota Yaris dan Yaris Ativ 
Varian Yaris Yaris Ativ
Entry THB 549k (~RM 69k) THB 539k (~RM 68k)
Sport  THB 609k (~RM 76k) THB 599k (~RM 75k)
Sport Premium THB 679k (~RM 85k) THB 674k (~RM 85k)

Dari segi estetik, versi 2021 memperkenalkan gril depan hitam kilat yang diperbaharui, hiasan lampu kabus yang direka semula, dan roda 15-inci pada varian Sport dan Sport Premium.

Thailand kemaskini Toyota Yaris dan Yaris Ativ (Vios untuk kita) dengan 'throttle booster'! 04

Dalam kes Yaris Ativ, varian Sport dan Sport Premium juga menambah perincian sisi dan belakang; Yaris sebaliknya kehilangan skirting sisi tetapi menerima spoiler belakang sebagai gantinya.

Bergerak ke bahagian dalam, serlahan utama pada varian Sport and Sport Premium adalah stereng yang disulami dengan kulit sentuhan lembut.

Thailand kemaskini Toyota Yaris dan Yaris Ativ (Vios untuk kita) dengan 'throttle booster'! 05

Pakej Urban X dijual dengan harga tambahan THB 44.600 (~ RM 5.6k) dan direka untuk memberikan penampilan 'crossover' untuk Yaris - dari rim aloi 16-inci yang lebih besar, seragam sisi badan ala SUV, dan sistem suspensi yang lebih tinggi untuk jarak kelegaan tanah meningkat 30 mm.

Toyota Thailand sebelum ini telah menawarkan pakej serupa pada model 2017, yang digelar "Yaris Cross".

Thailand kemaskini Toyota Yaris dan Yaris Ativ (Vios untuk kita) dengan 'throttle booster'! 06

Selain itu, pakej Urban X turut menghiasi bahagian dalam dengan kemasan tempat duduk dan stereng dua tona merah-hitam.

Untuk aspek lain, penyandar tangan pada panel pintu dan kotak simpanan di konsol tengah diserlahkan dengan jahitan kelabu.

Selain pakej aksesori, model facelift juga memperkenalkan warna dua tona pilihan bumbung hitam. Toyota Yaris Ativ turut menerima 4 warna baru termasuk Platinum White Pearl, manakala Yaris menerima warna Gray Metallic baru.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda