window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Harrier tergelongsor ke tali air, bayi nyaris lemas

Mersita ยท Mar 19, 2021 05:00 PM

Toyota Harrier tergelongsor ke tali air, bayi nyaris lemas 01

Seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan nyaris lemas ketika berada di dalam Toyota Harrier yang tergelongsor masuk ke dalam tali air berhampiran sekatan jalan raya (SJR) Pos Nibong, Tumpat pada Rabu (17 Mac) kira-kira 6.30 petang.

Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 tendengar jeritan dipercayai daripada ibu bayi berkenaan lalu bertindak pantas menyelamatkan bayi yang terperangkap di dalam SUV berkenaan.

Toyota Harrier tergelongsor ke tali air, bayi nyaris lemas 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sumber PGA memberitahu Kosmo yang anggota berkenaan kemudiannya ternampak sebuah SUV jenis Toyota Harrier yang diletakkan di hadapan kedai runcit sedang bergerak memasuki tali air berhampiran Pos Nibong.

“Wanita itu menjerit dan memaklumkan anaknya berada di dalam SUV tersebut. Tanpa berlengah, dua anggota PGA itu bertindak pantas dengan terjun ke dalam tali air itu untuk menyelamatkan bayi terbabit,” katanya.

Toyota Harrier tergelongsor ke tali air, bayi nyaris lemas 01

Bapa bayi itu dilaporkan turut terjun ke dalam tali air tersebut untuk menyelamatkan anaknya.

Bayi itu berjaya diselamatkan selepas 15 minit penyelamat bergelut di dalam air. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud ketika dihubungi Kosmo memaklumkan bahawa polis masih belum menerima laporan mengenai kejadian itu. Punca kejadian belum dapat dipastikan.

Baca juga: Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus?

Sumber berita: K! Online

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda