window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Pegawai SPRM cabut lari naik Honda City selepas didakwa kes rasuah, elak digambar

Mersita · Oct 22, 2021 11:59 AM

Video: Pegawai SPRM cabut lari naik Honda City selepas didakwa kes rasuah, elak digambar 01

Dua orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersungguh-sungguh lari dari lensa wartawan setelah didakwa dalam kes rasuah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis lalu. Sebuah Honda City berwarna perak dilihat tiba untuk mengambil kedua-dua tertuduh di luar pagar mahkamah berkenaan dan dipecut sebaik mereka selamat masuk ke dalam kereta.

Video: Pegawai SPRM cabut lari naik Honda City selepas didakwa kes rasuah, elak digambar 02

Menurut laporan BH Online, kedua-dua tertuduh didakwa mendorong seorang individu untuk menghantar wang sebanyak RM 40,000 kepada mereka, kononnya untuk membantu individu berkenaan bagi menyelesaikan kesnya yang sedang disiasat SPRM.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah kedai makan di Simpang Renggam pada 14 Oktober lalu.

Tertuduh pertama, Penolong Penguasa P29 SPRM Kluang, Amir Izham Shahak (32) mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan manakala tertuduh kedua, Penguasa P42 SPRM Johor Bahru, Wan Kamarul Zaim Wan Mansor (34) pula, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes ini menawarkan jaminan RM 35,000 terhadap kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah. Sebutan semula kes ini ditetapkan pada 24 November nanti.

Rakaman video kedua-dua tertuduh yang dilihat lari lintang-pukang memasuki Honda City yang sedia menunggu di luar selepas perbicaraan selesai mula tular di media sosial. Mereka dilihat memakai pelitup muka dan ‘hoodie’ untuk menyembunyikan wajah dari kumpulan media yang menunggu di luar mahkamah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda