window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VinFast buat laporan polis kerana tak puas hati, YouTuber kritik jenama kereta Vietnam tersebut!

Haris ยท May 12, 2021 09:00 AM

VinFast buat laporan polis kerana tak puas hati, YouTuber kritik jenama kereta Vietnam tersebut! 01

Pengeluar kereta pertama di Vietnam, VinFast, ternyata tidak akan bertolak ansur dengan kritikan kurang tepat dan akan menjejaskan reputasi mereka. Syarikat itu baru-baru ini telah membuat laporan polis terhadap salah seorang pelanggan yang meragui kualiti buatan kereta mereka.

Menurut Reuters, syarikat itu telah melaporkan Tran Van Hoang, seorang YouTuber Vietnam dengan 455,000 pelanggan, kerana mengecam sedan eksekutif VinFast Lux A2.0 (BMW 5 Series generasi F10) di laman Youtube.

VinFast buat laporan polis kerana tak puas hati, YouTuber kritik jenama kereta Vietnam tersebut! 02

VinFast Lux 2.0 sedan

VinFast mendakwa bahawa video tersebut mengandungi "kandungan tidak benar" yang "mempengaruhi reputasi VinFast."

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam satu kenyataan yang dibuat, VinFast mengakui bahawa walaupun YouTuber tersebut secara proaktif telah menurunkan video tersebut ketika diminta, mereka masih mempunyai alasan yang cukup untuk membuktikan bahawa itu bukan sekadar aduan biasa dan akan mengemukakan bukti kepada pihak polis.

VinFast buat laporan polis kerana tak puas hati, YouTuber kritik jenama kereta Vietnam tersebut! 01

Dalam satu kenyataan lain, pihak polis telah menerima laporan tersebut dan sedang dalam proses menemu ramah pemilik berkenaan.

Reuters melaporkan bahawa video yang dimuat naik oleh pemilik tersebut mengatakan bahawa dia bangga memiliki kereta VinFast dan terasa berat hati untuk menunjukkan masalah berkenaan.

VinFast buat laporan polis kerana tak puas hati, YouTuber kritik jenama kereta Vietnam tersebut! 02

VinFast kini berada dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaan ke Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah. Dalam satu kenyataan kepada Reuters, laporan polis adalah cara untuk melindungi reputasi dan pelanggan mereka.

Pemilik kereta VinFast tersebut enggan memberi komen ketika Reuters menghubunginya.

Bacaan Lanjut:

VinFast VF e34 - kereta elektrik pertama buatan Vietnam, waranti 10 tahun - Malaysia apa cerita?

 

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda