window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Golf 2024 facelift Mk8.5 debut - stereng berbutang fizikal kembali, infotainment ChatGPT, GTI lebih berkuasa!

Faisal · Jan 24, 2024 11:08 AM

VW Golf 2024 facelift Mk8.5 debut - stereng berbutang fizikal kembali, infotainment ChatGPT, GTI lebih berkuasa! 01

Varian GTI.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 Volkswagen Golf. Dalam tempoh tersebut, sudah lebih 37 juta unit telah dijual. Bersempena dengan itu, Volkswagen sebentar tadi telah memperkenalkan VW Golf facelift.

VW Golf 2024 facelift Mk8.5 debut - stereng berbutang fizikal kembali, infotainment ChatGPT, GTI lebih berkuasa! 02

Antara pembaharuan estetik datang dalam bentuk visual depan yang lebih moden, grafik 3D pada lampu belakang dan logo VW depan yang menyala pada waktu malam.

VW Golf 2024 facelift Mk8.5 debut - stereng berbutang fizikal kembali, infotainment ChatGPT, GTI lebih berkuasa! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bercakap soal lampu, sistem matriks IQ.LIGHT LED pada Golf facelift dipertingkatkan dengan jarak suluhan mencecah 500 meter.

VW Golf 2024 facelift Mk8.5 debut - stereng berbutang fizikal kembali, infotainment ChatGPT, GTI lebih berkuasa! 01

Apa-apapun, pembaharuan terbesar hadir pada bahagian kabin di mana roda sterengnya kembali dengan butang fizikal yang lebih mudah untuk digunakan berbanding jenis sesentuh sebelum ini.

VW Golf 2024 facelift Mk8.5 debut - stereng berbutang fizikal kembali, infotainment ChatGPT, GTI lebih berkuasa! 02

Kiri: Model pra-facelift, Kanan: Model facelift.

Pembaharuan ini turut mendatangkan sistem arahan suara IDA yang lebih cepat dan menyeluruh.

VW Golf 2024 facelift Mk8.5 debut - stereng berbutang fizikal kembali, infotainment ChatGPT, GTI lebih berkuasa! 03

Di samping itu, skrin infotainment pada Golf facelift hadir dalam bentuk tablet landskap bersaiz dari 10.4 inci ke 12.9 inci. Ia lengkap dengan sokongan ChatGPT. Pad sesentuh kawalan penyaman udara pula sudah menyala buat kali ini.

VW Golf 2024 facelift Mk8.5 debut - stereng berbutang fizikal kembali, infotainment ChatGPT, GTI lebih berkuasa! 04

Selain itu, terdapat pembaharuan pada fungsi Park Assist Plus di mana meletak kenderaan dapat dibuat secara automatik sepenuhnya. Pada masa yang sama, Park Assist Pro didatangkan buat pertama kali pada VW Golf di mana pengguna boleh meletak atau mengeluarkan kenderaan dengan hanya menggunakan telefon pintar.

VW Golf 2024 facelift Mk8.5 debut - stereng berbutang fizikal kembali, infotainment ChatGPT, GTI lebih berkuasa! 05

Dari segi trenkuasa, VW Golf facelift menerima beberapa kemaskini. Antaranya, varian hibrid plug-in (GTE dan eHybrid) kini mempunyai jarak pemanduan elektrik sehingga 100 km, hasil daripada penggunaan bateri 19.7 kWj berbanding 10.6 kWj sebelum ini. Jarak pandu keseluruhan pula boleh capai 1,000 km. Di samping itu, terdapat fungsi pengecas pantas DC yang berkapasiti 50 kW.

VW Golf 2024 facelift Mk8.5 debut - stereng berbutang fizikal kembali, infotainment ChatGPT, GTI lebih berkuasa! 06

Soal varian yang lebih relevan dengan pasaran kita seperti Golf GTI dan Golf R, ia dijangka kekal dengan nadi 2.0L turbo TSI sama yang dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan DSG. Tetapi pilihan transmisi manual untuk semua varian di peringkat global telah digugurkan. Output untuk varian GTI pula dinaikkan sehinnga 265 PS.

Secara amnya, terdapat 4 pilihan warna baharu iaitu Crystal Ice Blue Metallic, Anemone Blue Metallic, Oyster Silver Metallic, Grenadilla Black Metallic dan pilihan bumbung berwarna hitam. Reka bentuk rim baharu juga tidak terkecuali.

Juga bacaJualan VW Golf Mk8 1.4 TSI R-Line di Malaysia dihentikan, hanya 1 tahun dalam pasaran

VW Golf 2024 facelift Mk8.5 debut - stereng berbutang fizikal kembali, infotainment ChatGPT, GTI lebih berkuasa! 07

Bagi anda yang belum tahu, VW Golf di pasaran kita ditawarkan dalam varian GTI dan R, masing-masing pada harga seperti berikut:

  • GTI - 245 PS/370 Nm RM 254,012
  • R - 320 PS/400 Nm, RM 330,000 - RM 350,000

Juga baca

VW Golf GTI 2024 Malaysia kini ditambah audio Harman Kardon & Head-up Display - RM 254k

Anggaran dari RM 330k, anda boleh tempah VW Golf R 2023 (Mk8) - ada mode 'Drift' dan 'Special', CKD Pekan, Pahang!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda