window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WMoto XDV 250i (2022) dah dipertontonkan, sedia dilancarkan di Malaysia, tempahan dibuka!

Khairil ยท Aug 25, 2022 12:00 PM

WMoto XDV 250i (2022) dah dipertontonkan, sedia dilancarkan di Malaysia, tempahan dibuka! 01

Penantian peminat skuter bergaya 'Adventure' di Malaysia untuk jentera lebih berkuasa berbanding enjin 150 cc bakal berakhir dalam masa terdekat apabila MForce nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan penawaran terbaharunya, WMoto XDV 250i (2022).

Sekalipun cakap-cakap mengenai kehadiran skuter ADV bersesaran 250 cc itu bukan sesuatu yang baharu, perkembangan terkini yang berjaya dicedok dan diambil daripada rangkaian pengedar jenama itu memberi bayangan yang lebih jelas.

WMoto XDV 250i (2022) dah dipertontonkan, sedia dilancarkan di Malaysia, tempahan dibuka! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa tidaknya, ada pengedar MForce sudah pun memaparkan imej skuter berkenaan yang diambil ketika majlis pra-pelancaran skuter itu, baru-baru ini ke laman sosial masing-masing malah tempahan untuk skuter berkenaan sudah pun dibuka. 

Jika melihat kepada imej yang dikongsikan, WMoto XDV 250i sememangnya tampil dengan rekaan yang garang malah boleh dikatakan mirip kepada Honda ADV 350.

Juga baca: Longjia XDV 300i 2022 dipertontonkan, rekaan mirip Honda ADV 150, guna enjin Aprilia!

WMoto XDV 250i (2022) dah dipertontonkan, sedia dilancarkan di Malaysia, tempahan dibuka! 01

Longjia XDV 250Si.

Tidak seperti WMoto Xtreme 150i yang dijenamakan semula dari model skuter keluaran China, Lifan KPV 150, WMoto XDV 250i menggunakan platform satu lagi jenama di negara Tembok Besar iaitu Longjia XDV 250Si.

Dan bagi memastikan harganya kompetitif di pasaran, skuter berkenaan akan dipasang sepenuhnya di Malaysia. 

WMoto XDV 250i (2022) dah dipertontonkan, sedia dilancarkan di Malaysia, tempahan dibuka! 02

Mengulas spesifikasi trenkuasa, ia dijangka sama dengan Longjia XDV 250Si iaitu dijana enjin 244.3 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik.

Juga baca: Honda ADV 350 2022 'debut' di EICMA 2021, rekaan garang + premium!

WMoto XDV 250i (2022) dah dipertontonkan, sedia dilancarkan di Malaysia, tempahan dibuka! 03

Kuasa yang dihasilkan adalah sekitar 24.5 Hp pada 8,750 rpm dan tork 22.5 Nm pada 6,750 rpm. 

WMoto XDV 250i (2022) dah dipertontonkan, sedia dilancarkan di Malaysia, tempahan dibuka! 04

Melihat lagi kepada imej yang dikongsikan, sistem suspensi WMoto XDV 250i menggunakan fork jenis terbalik (USD) berwarna emas (depan) dan penyerap hentak berkembar lengkap dengan 'subtank' belakang yang katanya dibekalkan Kayaba.

WMoto XDV 250i (2022) dah dipertontonkan, sedia dilancarkan di Malaysia, tempahan dibuka! 05

Sistem brek menggunakan cakera tunggal 240 mm dengan kaliper J.Juan (depan) dan cakera tunggal 220 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

WMoto XDV 250i (2022) dah dipertontonkan, sedia dilancarkan di Malaysia, tempahan dibuka! 06

Informasi lain yang boleh dijangka adalah seperti sistem lampu LED penuh termasuk lampu siang (DRL), ‘Smartkey’, slot pengecas USB dan port 12V, visor angin boleh laras dan ruang simpanan bawah pelana yang mampu memuatkan helmet 'Fullface'.

WMoto XDV 250i (2022) dah dipertontonkan, sedia dilancarkan di Malaysia, tempahan dibuka! 07

Tetapi apa yang tidak diketahui adalah sama ada WMoto XDV 250i ini dilengkapkan dengan panel meter jenis TFT yang dipadankan kepada Longjia XDV 250Si yang turut memiliki teknologi sambungan ke telefon pintar. 

Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada MForce.

Sumber imej: TR Motorworld Branch Cheras

Juga baca: 'Abang' WMoto XTreme 150i, Longjia XDV250Si 2022 dah dilancar, rancak jadi 'konten' di Tembok Besar!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda