window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) 2022 dapat warna baharu di Vietnam, Malaysia sabar dulu!

Khairil ยท Dec 15, 2021 02:00 PM

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) 2022 dapat warna baharu di Vietnam, Malaysia sabar dulu! 01

Sebagai negara pertama menerima kehadiran Yamaha Exciter 155 VVA atau Y16ZR, Yamaha Motor Vietnam tampil mengemaskini penawaran 'Super moped' hangat itu menerusi pilihan warna baharu bagi versi 2022.

Pilihan warna baharu yang dianggap lebih mengujakan itu ialah Black Yellow yang ditawarkan dalam varian Standard dan Premium. Turut mendapat warna baharu adalah Yamaha Exciter 155 VVA GP Version iaitu Green GP.

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) 2022 dapat warna baharu di Vietnam, Malaysia sabar dulu! 01

Di pasaran Vietnam, Yamaha Exciter 155 VVA ditawarkan dalam tiga varian iaitu Premium, Standard dan GP. Untuk varian Premium, turut ditawarkan adalah versi edisi terhad 'Master Art of Street', '60 Years Yamaha Competition MotoGP' dan 'Monster Energy MotoGP'. 

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) 2022 dapat warna baharu di Vietnam, Malaysia sabar dulu! 02

Berlaku sedikit peningkatan harga berbanding ketika ia dilancarkan iaitu: 

  • GP Version : VND 50,790,000 (RM 9,379)
  • Premium Version : VND 50,290,000 (RM 9,286)
  • Standard Version : VND 47,290,000 (RM 8,716)

Juga baca: Enjin 155cc VVA, 6 gear, 17.7Hp, harga dari RM8,235, inilah Yamaha Exciter terbaru di Vietnam

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) 2022 dapat warna baharu di Vietnam, Malaysia sabar dulu! 03

Sebagai info, Yamaha Exciter 155 VVA dilancarkan secara 'world premiere' di Vietnam pada penghujung tahun lalu dengan Malaysia menerimanya pada Mac. Model sama dilancarkan di Thailand pada Julai namun peliknya ia belum tiba di Indonesia.

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) 2022 dapat warna baharu di Vietnam, Malaysia sabar dulu! 04

Selain pilihan warna Black Yellow, dua lagi warna untuk versi Yamaha Exciter 155 VVA 2022 Premium dan Standard adalah Red Silver dan Black Silver bersama corak grafik baharu.

Juga baca: Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri?

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) 2022 dapat warna baharu di Vietnam, Malaysia sabar dulu! 05

Seperti dijangka, tiada sebarang perubahan dari sudut spesfikasi mekanikal. Ia kekal dengan enjin 155 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, VVA yang digandingkan dengan transmisi enam kelajuan lengkap dengan klac Assist & Slipper.

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) 2022 dapat warna baharu di Vietnam, Malaysia sabar dulu! 06

Kuasa yang dihamburkan adalah 17.7 Hp pada 9,500 rpm dengan tork 14.4 Nm pada 8,000 rpm.

Ciri-ciri menarik lain adalah penggunaan lampu depan dan belakang LED, lampu siang DRL, panel meter digital LCD, 'kill switch' dan dan 'passing light'. Bagi varian GP dan Premium, ciri-ciri tambahan yang diberikan adalah seperti brek cakera depan dua piston, Smart Key dan soket pengecas 12V.

Juga baca: 5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2) "Y-Suku"!

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) 2022 dapat warna baharu di Vietnam, Malaysia sabar dulu! 07

Begitupun, penawaran warna baharu Black Yellow di Vietnam agak hampir dengan pilihan warna Raging Yellow di Malaysia.

Selain Raging Yellow, penawaran warna lain di Malaysia adalah Arrow Blue dan Phantom Grey dengan penawaran harga RM 10,888 (asas) ketika dilancarkan. 

Yamaha Exciter 155 VVA (Y16ZR) 2022 dapat warna baharu di Vietnam, Malaysia sabar dulu! 08

Sebagai tambahan, pilihan warna eksklusif iaitu Doxou Edition juga dilancarkan di Malaysia dengan dengan harga asas RM 11,688 dan dijual dalam unit terhad 5,000 unit. Justeru bilakah rasanya penawaran warna baharu akan menerjah pasaran tempatan, sama-sama kita nantikan.

Juga baca: Yamaha Y16ZR Doxou Edition ekslusif di Malaysia, terhad 5,000 unit, harga RM 11.7k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda