window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2) "Y-Suku"!

Khairil · Mar 22, 2021 06:00 PM

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Ketika pelancaran Y16ZR (2021), ada perkembangan menarik yang turut diumumkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) iaitu pengeluaran dan penjualan Y15ZR V2 akan terus berjalan seperti biasa.

Ia sekali gus menjawab persoalan yang selama ini berlegar di fikiran peminat jenama berkenaan sama ada model panas yang diberi gelaran 'YSuku' itu akan terus berada di pasaran atau dihentikan pengeluarannya selepas Y16ZR dihasilkan.

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Datuk Jim Khor

Perkembangan itu dinyatakan sendiri Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd, Datuk Jim Khor pada majlis pelancaran Y16ZR.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Model terlaris kami, Y15ZR (V2) yang juga model yang sangat digemari di Malaysia akan terus berada di pasaran," katanya.

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Apa yang pasti, berita berkenaan jelas satu kelegaan buat kelompok peminat YSuku di negara ini yang pastinya cukup ramai.

Meneliti pasaran di negara jiran yang turut mendapat model sama iaitu Vietnam, kehadiran Exciter 155 VVA tidak menyaksikan penjualan Exciter 150 dihentikan.

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Tetapi menariknya, berlaku penurunan harga untuk Exciter 150. Dan adakah situasi sama berlaku di Malaysia? Peratusannya untuk berlaku adalah cukup rendah berdasarkan populariti motosikal itu di negara ini, selain sistem jualan motosikal berkenaan itu sendiri.

Begitupun, dengan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian duti eksais kepada motosikal CKD bawah 150 cc, kemungkinan itu tetap ada.

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Tetapi, perlu diingatkan juga jangan mengharapkan penurunan yang drastik kerana ia pastinya tidak akan terjadi.

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Justeru berbalik kepada topik asal mengapa HLYM tidak merasakan Y16ZR adalah generasi atau pengganti kepada Y15ZR, ini antara sebab yang kami dapat senaraikan.

1. Masih laku, diminati

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Sekalipun Y16ZR datang dengan segala pembaharuan, diberi peningkatan, canggih dan sebagainya, Y15ZR V2 sudah pasti pasti masih mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Dalam bahasa mudah, ia masih laku untuk dijual oleh wakil-wakil pengedar Yamaha itu sendiri.

Dan sebelum mengumumkan perkara ini, HLYM pastinya sudah melakukan kajian mengenainya dan keputusan mereka untuk mengekalkan jualan Y15ZR pastinya berasaskan kajian berkenaan. 

2. Reka bentuk masih relevan

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Melihat kepada reka bentuk Y16ZR, ramai yang menyifatkan ia sedikit 'pelik' ketika reka bentuk Y15ZR V2 pula boleh dianggap sebagai 'masterpiece' daripada Yamaha. Sekalipun perkara ini adalah subjektif, ramai bersetuju bahawa reka bentuk Y15ZR V2 ini memang 'lawa' malah Mak Cik Kiah turut bersetuju dengan pandangan ini.

3. Julat harga yang berbeza

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Perbezaan harga diantara Y15ZR dan Y16ZR hampir mencecah RM 3,000. Lebih tepat, RM 2,720. (Mengikut harga diumumkan HLYM RM 8,168 (Y15ZR V2) dan Y16ZR (RM 10,888) atas jalan tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Jadi untuk jurang sebanyak itu, (Itu belum sampai ke tangan wakil pengedar), ia pasti berupaya 'menggentarkan' hati pembeli yang tidak kental terutama peminat 'Y' itu sendiri.

4. Perbezaan teknologi

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

 

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Sekalipun masih dalam segmen yang sama iaitu Super moped, teknologi yang dipadankan kepada Y15ZR dan Y16ZR adalah cukup berbeza. Untuk diterangkan satu persatu, ia boleh dikatakan 'amat banyak'. Anda boleh baca di sini.

5. Alat ganti Y15ZR masih banyak di pasaran

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Sumber imej: V Power Motor

Sekalipun kami belum mengetahui adakah 'part' Y15ZR boleh digunakan kepada Y16ZR, apa yang boleh dirumuskan adalah terlalu banyak parts untuk YSuku berada di pasaran ketika ini. Pergi saja ke mana-mana bengkel motosikal, waima kedai bawah pokok sekalipun parts untuk Y15ZR boleh dicari.

Bukan saja 'part' original, banyak syarikat OEM turut mengeluarkan parts untuk YSuku dalam skala yang besar.

Kesimpulan

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Tidak dapat dinafikan tarikan yang ada pada Y16ZR sememangnya mampu 'menggoncang' iman terutama buat peminat kapcai khasnya bagi penggemar jenama 'Y' di negara ini.

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Bagi HLYM, mereka pastinya mempunyai alasan tersendiri mengapa keputusan mengekalkan jualan Y15ZR dibuat yang pastinya lebih kepada strategi perniagaan.

5 sebab mengapa Yamaha Y16ZR (2021) bukan pengganti Y15ZR (V2)

Jadi, sehingga kini, nama atau julukan atau gelaran YSuku akan kekal kepada Y15ZR. Jadi apakah gelaran terbahaharu untuk Y16ZR? 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda