window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k!

Khairil · Dec 21, 2022 11:00 AM

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 01

Yamaha melancarkan sebuah lagi model skuter dengan nama sedikit aneh, Yamaha Augur 155 VVA (2023), baru-baru ini di pasaran yang sememangnya popular dengan skuter, Taiwan.

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 02

Selain namanya yang agak pelik, Yamaha Augur 155 VVA (2023) juga tampil dengan rekaan yang boleh dikatakan 'luas biasa' terutama di bahagian depan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: 90 peratus motosikal Yamaha guna e-motor menjelang 2050?

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 01

Tetapi jangan terpedaya dengan reka bentuk atau namanya, harga jualan yang diumumkan untuk skuter ini cukup tinggi iaitu 118,000 TWD (RM 17,005).

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 02

Begitupun, ada sebab mengapa harga sebegitu diberikan oleh Yamaha Motor Taiwan iaitu kerana Yamaha Augur 155 VVA (2023) turut dilengkapi dengan spesifikasi dan teknologi terkini yang canggih.

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 03

Mengulas bahagian rekaan, mungkin ada yang tersalah anggap ia sebuah skuter elektrik berikutan rekaan depan yang tajam mirip anak panah dengan rekaan lampu yang jika dilihat pada waktu malam seperti sebuah kapal angkasa.

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 04

Tetapi ia sebenarnya adalah rekaan lampu utama yang menggunakan projektor LED yang diapit lampu siang (DRL) tirus.

Juga baca: Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro!

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 05

Seperti dinyatakan lebih awal, apa yang membuatkan Yamaha Augur 155 VVA (2023) 'mahal' adalah teknologinya. Dan antara yang dipadankan adalah teknologi Y-LLA atau 'Yamaha Lean Light Assist'. 

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 06

Kebiasaannya, sistem Y-LLA ini hanya dipadankan dengan motosikal berkuasa tinggi di mana dengan sistem itu, ia 'membaca' sudut miring motor di mana apabila skuter berada di posisi berkenaan, akan ada lampu tambahan untuk meningkatkan pencahayaan.

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 07

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem 'Yamaha Adjustable Color Temperature Unit' atau Y-AU. Menerusi teknologi Y-AU, selain lampu utama Yamaha Augur 155 VVA berwarna putih, ia turut datang dengan lampu LED berwarna kuning yang sesuai digunakan dalam situasi sepatutnya terutama hujan atau cuaca berkabus.

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 08

Di bahagian panel meter, ia menggunakan panel kluster digital TFT berwarna bersaiz 4.3 inci yang lengkap dengan ciri sambungan ke telefon bimbit. Layar skrin boleh ditukar kepada warna putih mahupun hitam mengikut kesesuai.

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 09

Berbalik kepada ciri sambungan ke telefon bimbit, ia boleh disambung menerusi aplikasi Y-Connect.

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 10

Turut menarik adalah Yamaha Augur 155 VVA (2023) ini turut didatangkan dengan ciri penghidup tanpa kunci atau kunci pintar dan lengkap dengan ciri 'Answer back', pengecas USB Type A dengan ciri pengecasan pantas dan sistem Kawalan Traksi.

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 11

Di bahagian trenkuasa, Yamaha Augur 155 VVA ini dipadankan dengan enjin yang cukup sinonim dengan Yamaha iaitu bersesaran 155 cc, VVA, Blue Core, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api bersama transmisi automatik.

Juga baca: Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih!

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 12

Suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) manakala sistem brek menggunakan cakera tunggal depan (267 mm) dan belakang (230 mm) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 13

Informasi penting lain adalah seperti penggunaan rim bersaiz 13 inci (depan dan belakang), kapasiti tangki bahan api 6.1 liter dan ruangan bawah pelana yang luas.

Yamaha Taiwan tampilkan Yamaha Augur 155 VVA (2023), rekaan 'luar kotak', harga RM 17k! 14

Tak diketahui sama ada Yamaha Augur 155 VVA ini akan dijual selain pasaran Taiwan dan untuk Malaysia, jawapannya mungkin susah 'nak pergi'.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda