window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k!

Khairil · Jun 29, 2022 06:00 PM

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 01

Selepas imej intip sulungnya terdedah April lalu, jentera 'Sportbike' yang tampil dengan rekaan serba baharu Yamaha YZF-R15M (2022) akhirnya membuat penampilan rasmi di pasaran Malaysia dan dijual pada harga pengenalan RM 14,998 (asas).

Sebagai antara model 'Sportbike' aras mula paling popular bukan saja di pasaran tempatan, Yamaha YZF-R15M yang merupakan generasi keempat V4 R15 membuat debut 'premiere' tahun lalu di India dan sejurus dipamerkan, 'kekacakannya' pantas menjadi dambaan ramai.

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Malaysia, pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tidak mengambil tempoh lama untuk menguji jentera berkenaan pada April sebelum ia dilancarkan secara rasmi, hari ini. 

Tidak seperti pasaran lain termasuk India, Indonesia dan Thailand yang dijual dalam dua varian, hanya satu varian ditawarkan oleh HLYM iaitu Yamaha YZF-R15M  dan ia datang dengan spesifikasi penuh.

Juga baca: Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k!

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 01

Dan lebih menarik, dua pilihan warna yang ditawarkan cukup memikat iaitu Signature M dan Monster Energy Edition.

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 02

Seperti yang diketahui dan paling dinantikan, antara kekuatan Yamaha YZF-R15M V4 adalah perubahan reka bentuknya yang mengikuti DNA 'racing' Yamaha dan mirip Yamaha R1 dan R7. 

Tidak lagi nampak 'asas', Yamaha YZF-R15M V4 tampak lebih premium, garang dan seksi terutama dengan penggunaan lampu DRL berkembar yang mengapit lampu utama.

Juga baca: Spyshot: Tak tunggu lama, Yamaha R15 V4 dah dikesan jalani ujian di Malaysia!

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 03

Signature M

Dan bukan rekaannya saja mengalami perubahan, Yamaha kini juga tidak lagi 'lokek' dengan Yamaha YZF-R15M V4 turut mendapat pelbagai naik taraf termasuk sambungan Y-Connect, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selain klac Assist & Slipper. 

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 04

Monster Energy Edition

Dan paling menarik adalah Yamaha YZF-R15M V4 turut dilengkapi dengan pelbagai lagi 'jajan' menarik yang kebiasaanya dipadankan kepada 'Sportbike' berkuasa tinggi seperti sistem 'Quick Shifter' dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 05

Turut melengkapi model ini adalah YZR-M1 Triple Clamp Style, Panel meter digital ala YZR-R1, butang Switch Off dan mempunyai dua mod tunggangan (Track/Street) dan pelbagai lagi kemasan kosmetik.

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 06

Mengulas sudut trenkuasa, Yamaha YZF-R15M V4 masih menggunakan enjin bersesaran 155 cc dengan teknologi VVA, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 07

Kuasa yang dihamburkan adalah 18.4 Hp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 14.2 Nm pada 7,500 rpm.

Juga baca: Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k!

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 08

Sebagai makluman juga, Yamaha YZF-R15M turut mendapat pengiktirafan keselamatan 5 bintang MyMap daripada Miros.

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 09

Selain itu, HLYM turut menawarkan sesuatu yang menarik iaitu semua pemilik Yamaha YZF-R15M secara automatik akan menyertai program keahlian eksklusif M-CRU. Antara manfaat M-CRU termasuklah penyertaan dalam Hari Trek Eksklusif, Kursus Tunggangan, Pengalaman Konvoi MotoGP serta cenderahati khas untuk ahli M-CRU sahaja.

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 10

Kepada yang berminat, Yamaha YZF-R15M sudah mula berada di cawangan pengedar sah HLYM bermula esok dengan setiap pembelian juga akan mendapat hadiah misteri M-CRU dan kunci cakera keselamatan Yamaha.

Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k! 11

Seperti kebiasaan, harga yang ditawarkan RM 14,998 adalah asas dan tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Jaminan yang diberikan adalah 2 tahun atau 20,000 km yang mana tiba dahulu.

Sebagai info, kali terakhir HLYM mengemaskini Yamaha YZF-R15  adalah pada tahun lalu dan dijual pada harga asas RM 11,988. 

Juga baca: Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda