window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2021 Honda City Hatchback 1.5 buka tempahan, rasmi suku ke-4 tahun ini!

Haris ยท Nov 9, 2021 12:15 PM

2021 Honda City Hatchback 1.5 buka tempahan, rasmi suku ke-4 tahun ini! 01

Honda Malaysia kini telah membuka tempahan untuk model Honda City Hatchback. Hatchback segmen B tersebut diposisikan secara terus kepada pesaing terlaris dalam pasaran tersebut, Toyota Yaris. Malah, video promosi juga menggunakan slogan "Y settle for less?" yang merujuk kepada 'Yaris'.

2021 Honda City Hatchback 1.5 buka tempahan, rasmi suku ke-4 tahun ini! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan maklumat awal, Honda City Hatchback akan dijana oleh enjin 4-silinder 1.5L NA i-VTEC DOHC yang mampu menghamburkan sehingga 121 PS kuasa kuda dan 145 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda hadapan menggunakan transmisi CVT.

2021 Honda City Hatchback 1.5 buka tempahan, rasmi suku ke-4 tahun ini! 01

Model pasaran Thailand

4 varian yang ditawarkan adalah varian, S, E, V dan varian tertinggi RS. Enjin hibrid Honda, 1.5L Sports i-MMD hibrid (253 Nm) ditawarkan untuk varian RS seperti yang ditawarkan pada model 2021 Honda City sedan.

2021 Honda City Hatchback 1.5 buka tempahan, rasmi suku ke-4 tahun ini! 02

Selain daripada itu, kelengkapan dan spesifikasi boleh dikatakan mirip  dengan Honda City sedan, termasuklah kamera Honda LaneWatch, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay serta Sistem Bantuan Pemandu ADAS, Honda Sensing.

2021 Honda City Hatchback 1.5 buka tempahan, rasmi suku ke-4 tahun ini! 03

Konfigurasi Ultra Seats kini dijelmakan semula dengan penjenamaan baru Magic Seats dengan fungsi yang sama. Lebih banyak ruang untuk kegunaan gaya hidup dengan 4 mod pilihan: Utility, Long, Tall, dan Refresh.

2021 Honda City Hatchback 1.5 buka tempahan, rasmi suku ke-4 tahun ini! 04

Terdapat 5 warna yang ditawarkan iaitu merah Passion Red Pearl, putih Platinum White Pearl, kelabu Modern Steel Metallic, hitam Crystal Black Pearl dan perak Lunar Silver Metallic. Model Honda City Hathcback varian RS hanya boleh didapati dalam 3 warna terawal sahaja.

Pengumuman harga dan varian masih belum diumumkan namun sebagai rujukan, harga bagi Honda City sedan adalah RM 74,191 sehingga RM 105,950. Rujuk pengedar sah Honda berdekatan anda.

2021 Honda City Hatchback 1.5 buka tempahan, rasmi suku ke-4 tahun ini! 05

Dengan promosi yang disasarkan secara terus terhadap pesaing Toyota Yaris, Honda tentunya mahu menjadikan Honda City sebagai hatchback segmen B bukan nasional nombor 1 di Malaysia. Adakah 235 Nm tork tersebut mampu memacunya ke tempat pertama? Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Baca: Amacam, Honda City Hatchback 2021 boleh cantas peminat Yaris atau tak?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda