window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Amacam, Honda City Hatchback 2021 boleh cantas peminat Yaris atau tak?

Mersita · Feb 13, 2021 11:59 AM

Amacam, Honda City Hatchback 2021 boleh cantas peminat Yaris atau tak? 01

Salah satu faktor besar yang mempengaruhi pembeli kereta di Malaysia boleh dikatakan terletak pada rupa bentuk dan rekaan kereta tersebut. Kalau tak cukup stail dan ‘sporty’, rasa serba salah nak beli. Perkara ini seringkali diperkatakan apabila Iriz dan Myvi dibanding-bandingkan, dan anda pasti dah tahu mana satu yang lebih laku dan rekaannya lebih menarik.

Bagi model jenama lain pula, banyak saja kereta yang cantik-cantik susah nak masuk ke pasaran Malaysia. Tapi, ada satu jenama dari Jepun yang bersungguh-sungguh untuk membawa masuk kereta yang tampak sangat-sangat ‘cool’ ke pasaran kita dan ia tak lain tak bukan Honda City Hatchback 2021. Siapa tak kenal dengan penangan lambang 'H' di Malaysia ni?

Apa yang ‘best’ sangat dengan City Hatchback ni?

2021 Honda City Hatchback rear 3 quarter view, with girl standing beside

Moga-moga warna cat Sonic Grey Pearl ini dibawa masuk ke mari – warna eksklusif Civic Type R ini memang betul-betul ‘merecik’!

Ia didebut secara global di Thailand pada November tahun lepas – membawa nama yang kali terakhir kita lihat 27 tahun lalu pada 1994. Akan tetapi, sambil kita menyambut kembali nama model ini, kita ucap “sayonara” pula pada nama model yang satu lagi – City Hatchback menggantikan ruang kosong yang ditinggalkan oleh Honda Jazz di rantau ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2021 Honda Jazz front 3 quarter view, blue colour

Walaupun tampak comel, kita tidak akan menerima Jazz generasi GR di sini

Alahai, kenapa pula? Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini: Honda Jazz digugurkan, City Hatchback sebagai ganti. Tindakan bijak atau tidak?

2021 Honda City Hatchback in white, side view, with girl standing beside

Cantik ya amat. Keretanya pun bagus.

Tapi, usah dikenang benda yang dah tak ada. City Hatchback akan diperkenalkan untuk bersaing terus dengan Toyota Yaris. Pastinya Honda tak akan melepaskan batuk di tangga dengan model baharu ini kerana ia sepatutnya lebih bagus daripada Jazz.

2021 Honda City Hatchback in white with Modulo bodykit, rear 3 quarter view

Digambarkan dengan ‘bodykit’ Modulo sebagai opsyen.

Perincian pilihan seperti rupa bentuk luaran dengan rekaan ‘sharp’ (bahagian belakangnya mengingatkan anda dengan Mercedes-Benz A-Class, bukan?) boleh dicantikkan lagi dengan menambah ‘bodykit’ Modulo jika mahu seperti yang digambarkan di sini.

2021 Honda City Hatchback interior view

Ruang dalamannya pula tampak sama seperti City versi sedan.

Di dalamnya, Honda menawarkan beberapa perincian praktikal seperti sistem infotainmen berskrin sentuh 8 inci sekali dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Sterengnya juga ada pelbagai fungsi bagi kemudahan pemandu.

2021 Honda City Hatchback rear seats, ULTRA Seats configuration

Ultra Seats dalam mode ‘Tall’, salah satu daripada empat mode lipatan yang berbeza-beza.

Satu lagi kelengkapan yang punyai pelbagai fungsi adalah tempat duduknya. Ya, Ultra Seats dalam Jazz yang sangat praktikal dengan lipatan pelbagai caranya dibawa masuk ke dalam City Hatchback.

2021 Honda City Hatchback rear seats folded flat, ultra seats configuration

Ultra Seats menawarkan empat mode lipatan yang pelbagai (Utility, Long, Tall, Refresh) dan Honda menyatakan yang anda boleh sumbat sebuah kayak di dalam kabin kereta jika kerusi dilipat dengan betul.

2021 Honda City Hatchback ultra seats available configurations, four modes

Nak tahu lebih lanjut tentang Ultra Seats? Baca ini: Honda Jazz kini tular dengan praktikaliti tempat duduk ULTRA Seat!

Bagaimana pula dengan prestasinya?

2021 Honda City Hatchback 1.0-litre engine, VTEC Turbo

Enjin model spesifikasi Thai

City Hatchback spesifikasi Thai diberi enjin petrol i-VTEC 1.0 liter turbo dengan tiga silinder yang mampu menjana 122 PS dan 173 Nm, dipadankan dengan CVT.

2021 Honda City Malaysian-spec engine, four-cylinder naturally-aspirated engine

Enjin City sedan spesifikasi Malaysia

Memandangkan enjinnya direka untuk mematuhi undang-undang EcoCar Thailand yang ketat, City Hatchback spesifikasi Malaysia besar kemungkinannya akan didatangkan dengan enjin 1.5 liter yang sama seperti di dalam Honda City sedan.

Ini hasilnya jika enjin ini dibandingkan dengan Yaris:

Perbandingan Prestasi
Honda City Hatchback 202 Toyota Yaris 2021

1.5 liter, 'naturally-aspirated' empat silinder

121 PS / 145 Nm

CVT

1.5 liter, 'naturally-aspirated' empat silinder

107 PS / 140 Nm

CVT

2021 Honda City Hatchback in white, with modulo kit, rear spoiler detail shot

Sebagai tambahan kepada enjin ‘naturally aspirated’ ini, kita juga boleh jangkakan yang City Hatchback akan diberi tren kuasa i-MMD yang sama dengan City RS.

 

2021 Honda City RS driving on track, in red

Kami dah pandu uji City RS. Baca rebiu kami di sini!

Bagaimana pula beza saiz badan atau dimensinya?

2021 Honda City Hatchback vs 2021 Toyota Yaris side view

City Hatchback dan Yaris mempunyai saiz dan dimensi yang lebih kurang sama. Pecahannya seperti di bawah:

Perbandingan Dimensi
Kereta Honda City Hatchback 2021 Toyota Yaris 2021
Panjang (mm) 4,349 4,145
Lebar (mm) 1,748 1,730
Tinggi (mm) 1,488 1,475
Jarak Roda (mm) 2,589 2,550

Mana satu lebih murah – City Hatchback atau Yaris?

2021 Honda City Hatchback Modulo wheels with red detailing

Di Thailand, julat harga bagi City Hatchback bermula dari THB 599,000 (~RM 81,000) hingga THB 749,000 (~RM 102,000); mahal sikit berbanding Yaris yang bermula dari THB 549,000 (~RM 74,000) hingga THB 679,000 (~RM 92,000).

Amacam, nak City Hatchback ataupun Yaris?

2021 Honda City Hatchback in Sonic Grey Pearl, front view, tight shot

Memang tak dapat disangkal lagi yang City Hatchback akan menjadi salah satu model yang paling ‘panas’ dan ditunggu-tunggu pelancarannya di Malaysia pada tahun ini.

2021 Honda City Hatchback in red, rear three quarter view

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda