Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup

Zamil Syaheer · Dec 8, 2020 04:00 PM

Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup 01

Tempoh hari, tular 'posting' oleh pelumba rali lagenda negara Karamjit Singh yang terpaksa menjual Proton Waja miliknya pada harga RM 7,500 demi kelangsungan hidup. Menurut juara rali dunia itu, dia perlu mendapatkan modal untuk membeli Proton Saga baru untuk bekerja sebagai pemandu Grab.

Jika anda tidak tahu, pihak Grab menyatakan bahawa kereta yang hendak digunapakai tidak boleh melebihi usia 10 tahun.

Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup 02

Proton Waja kesayangannya yang sudah dijual. Kereta standard pun dia boleh balun!

Menurut juara dunia itu, dia tidak ada lagi harta simpanan yang tinggal dengan kereta, rumah, dan wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sudah habis digunakan untuk modal berlumba rali di peringkat Asia Pasifik satu ketika dulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup 01

Karamjit Singh atau dikenali dengan julukan ‘Flying Sikh’ pernah dijanjikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendapat pencen hasil kejayaan di arena rali dunia, namun ia hanya janji mulut dan hingga kini tidak pernah menerimanya.

Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup 02

Memetik rencana dari Harian Metro, pelumba itu berkata:

''Saya pernah jumpa KBS sekitar 2005 atau 2006. Mereka kata saya layak menerima pencen kerana kejayaan bergelar juara dunia sama seperti kejayaan meraih emas. Ketika itu mereka kata saya boleh dapat RM5,000.

''Itu hanya janji mulut dan hingga sekarang saya tidak dapat pencen berkenaan. Ia amat diperlukan untuk hari tua saya. Tapi ketika ini saya masih mahu berlumba sekurang-kurangnya untuk dua tiga tahun lagi.

Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup 03

Karamjit Singh merupakan orang Asia pertama yang memenangi Juara Dunia WRC PWRC/Group N.

''Berlumba hingga ke negara Asia Pasifik lain seperti New Zealand, Indonesia dan merata lagi sebab saya masih mampu bergelar nombor satu Asia. Kecergasan saya juga pada tahap terbaik dan saya rasa ramai anak muda tidak boleh tewaskan saya.

Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup 04

Bila tidak berlumba, minat lain Karamjit adalah bermain guitar. Imej dari Charles Joseph.

''Saya ke gimnasium empat kali seminggu selain melakukan aktiviti memanjat bukit dan gunung untuk kekal cergas. Daripada segi skil saya masih nombor satu.

''Ramai peminat mahu saya berlumba semula. Masalahnya, sekarang sukar untuk mendapatkan penajaan kerana kos berlumba dalam dunia permotoran tidak murah walaupun tidak semahal formula satu (F1),'' katanya yang mula berlumba rali profesional sejak 1985.

Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup 05

Selain rali, Karamjit Singh juga sering berlumba di litar antarabangsa Sepang. Imej dari MSF.

Hari ini pula Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) berkata mereka sedia membantu Karamjit Singh menerusi beberapa saluran tertentu termasuk bantuan dana.

Walaubagaimanapun, Setiausha Agung MAM, Muizz Azli berkata pihaknya perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada pelumba itu sendiri.

Menurut Muizz, MAM mengiktiraf Karamjit Singh sebagai seorang ikon dan menyatakan Hasrat untuk menggunakan kepakaran dan khidmat dia untuk kejohanan tertentu seperti MAM Rallycross yang ada didalam pelan MAM, namun tidak dapat dijalankan buat masa kini kerana pandemik Covid-19.

Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup 06

Ketika memenangi Kejohanan Rali Malaysia 2012 pusingan ke-2.

Persoalan kami sekarang, kenapa pihak kementerian dan kerajaan Malaysia selalu sangat melupakan jasa individu yang mengharumkan nama negara sehingga ke persada antarabangsa?

Ini bukanlah kes kali pertama kita dengar berlaku. Kenapa bila tular sahaja baru nak membantu, sedangkan banyak kata janji manis sebelum ini tidak ditepati?

Karamjit Singh – kini MAM kata nak bantu selepas tular jual Proton Waja demi kelangsungan hidup 07

Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku. Nampak sangat ada kegagalan dalam kepentingan untuk menjaga atlet veteran di Malaysia setelah sekian lama.

Malah kami berpendapat Proton, dengan hubungan lama dengan pelumba ini seharusnya turun membantu kerana jasanya yang tidak terhingga untuk menaikkan nama Proton di arena antarabangsa. Pada umur 58 tahun, dia masih mempunyai kemampuan untuk menjadi juara.

Terdapat lebih 500 piala di rumah Karamjit, dan dia masih mahu menambah lagi. Ada pengajaran yang boleh dipelajari di sini.

Apa-apa pun, kami berharap Karamjit Singh dapat bantuan yang telah dijanjikan, keluar daripada belenggu kesusahan yang sedang dialami, serta diberi penghormatan yang sesuai dengan pencapaian beliau.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru