Bagi tahun 2021, Bermaz Motor (pengedar kereta Mazda di Malaysia) telah memberi Mazda CX-3 sedikit pembaharuan bagi mengutuhkan posisinya di dalam pasaran SUV yang kian hangat di Malaysia. Jom kita lihat satu persatu penambahan yang ada.
Baca juga: Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium
Sistem infotainment MZD Connect kini didatangkan standard dengan Android Auto dan Apple CarPlay untuk integrasi yang mudah dan komprehensif dengan telefon pintar anda. Selain dari itu, CX-3 kini juga dilengkapi dengan 360º View Monitor bagi memudahkan pemandu untuk memarkir kereta di ruang yang sempit.
Tambahan pula, suite ADAS i-ACTIVSENSE Mazda yang dipadatkan di dalam CX-3 baru ini meningkatkan lagi tahap keselamatannya dan ia merangkumi:
CX-3 kekal dengan tawaran satu pilihan enjin iaitu enjin petrol Skyactiv 2.0 liter yang menjana 154 PS dan 206 Nm. Transmisi automatik 6 kelajuan dan G-Vectoring Control (GVC) Mazda juga kekal sebagai standard. Yang menariknya, tingkap bumbung suria/’sunroof’ dipasang semula pada CX-3 baru ini. Ia dikeluarkan dari model facelift 2018 sebelum ini.
Mazda CX-3 yang diimpot (CBU) dari Jepun ini dijual pada harga RM 130,729 (atas-jalan/OTR tanpa insurans). Perlu diingatkan yang harga ini sah sepanjang pengecualian SST dilaksanakan. Anda boleh pilih kemasan warna berikut bagi model ini: Soul Red Crystal, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Machine Gray, dan juga warna baru iaitu Polymetal Gray.
Apa pendapat anda tentang Mazda CX-3 baru ini? Jom komen di Facebook WapCar - BM!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}