window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kadar ketelusan cahaya cermin gelap 50 peratus saja, dah ubah ke? Jangan keliru!

Mersita · Mar 15, 2021 06:00 PM

Kadar ketelusan cahaya cermin gelap 50 peratus saja, dah ubah ke? Jangan keliru! 01

Pemasangan cermin gelap atau lebih dikenali sebagai cermin ‘tinted’ sememangnya digemari pemilik-pemilik kereta di Malaysia. Ia bukanlah untuk gaya semata-mata, tapi ia dipasang untuk keselesaan pemandu dan penumpang yang terpaksa mengharungi cuaca panas terik di Malaysia.

Ramai yang sedia maklum bahawa kadar ketelusan cahaya bagi cermin gelap yang dibenarkan ialah 50% bagi cermin sisi pemandu manakala bagi cermin hadapan pula 70%. Cermin penumpang belakang serta cermin di pintu bonet pula kadar peratusannya pelbagai/tiada had.

Kadar ketelusan cahaya cermin gelap 50 peratus saja, dah ubah ke? Jangan keliru! 02

Tangkapan skrin dari laman sesawang rasmi JPJ. Pautan di sini

Walaubagaimanapun, maklumat bertulis yang dipaparkan di laman sesawang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia pula menyatakan kadar ketelusan cahaya bagi cermin penumpang belakang serta cermin di pintu bonet pula ditetapkan pada kadar yang sama dengan cermin penumpang hadapan iaitu 50% sahaja. Jika anda rujuk pada laman sesawang ini, pasti anda keliru, bukan?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan BH Online bertarikh 7 Mei 2019, penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan bermula 8 Mei 2019. Di dalam laporan itu, Menteri Pengangkutan pada masa itu, Anthony Loke berkata penggunaan lapisan filem atau cermin gelap yang hitam sepenuhnya itu bagaimanapun disertakan dengan syarat ia dilengkapi cermin pemantul kanan dan kiri.

Kadar ketelusan cahaya cermin gelap 50 peratus saja, dah ubah ke? Jangan keliru! 01

Katanya, kadar ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin depan dan cermin kiri serta kanan pemandu, masing-masing masih kekal 70 dan 50 peratus seperti peraturan sedia ada.

Kekeliruannya di sini ialah sumber yang mana satu perlu kita rujuk? Jika laman sesawang JPJ itu diluncur lagi ke bawah, ia ada menyatakan “Copyright 2017 JPJ”. Adakah ia kes ringkas masalah teknikal ataupun ia belum dikemaskini? Pada hemat kami sebagai orang awam yang ingin membuat rujukan atas-talian, nampak gayanya platform media sosial lebih kurang diragui berbanding laman sesawang rasmi. Sentiasa rujuk setem masa maklumat yang ditemui.

Rajah di bawah dimuatnaik di laman Facebook rasmi @Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pada 15 Febuari 2021.

Kadar ketelusan cahaya cermin gelap 50 peratus saja, dah ubah ke? Jangan keliru! 02

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda