Honda HR-V generasi baharu - giliran menunggu 10 bulan, lebih mewah daripada Toyota Harrier?

Honda HR-V serba baru, dikenali di Jepun sebagai Honda Vezel, akan mula dijual di sana pada 23-April 2021. Tinjuan awal daripada penjual mendapati bahawa model ini menerima banyak respons positif.

Varian spesifikasi paling tinggi iaitu Honda Vezel e: HEV Play, tampil premium dengan kabin dalaman berwarna dua tona. Malah, ia dikatakan menggunakan kemasan yang terasa lebih mahal daripada Toyota Harrier. Ini suatu pujian yang agak tinggi, memandangkan model Toyota Harrier adalah model mercu bagi Toyota.

e:HEV Play (atas), e:HEV Z biasa (bawah)

Dengar macam sembang kencang seorang penjual? Mungkin, tetapi maklum balas tersebut diambil daripada pemilik media penerbitan Jepun, Creative Trend. Beliau juga memiliki sebuah Toyota Harrier generasi baharu - dengan platform TNGA.

Bukan itu sahaja, beliau sendiri telah memesan Honda Vezel terbaru tetapi untuk varian e: HEV Z yang lebih rendah.

Alasan mudah adalah disebabkan oleh permintaan untuk varian paling tinggi e: HEV Play terlalu tinggi. Hal ini menyebabkan giliran menunggu sehingga Januari 2022, 10 bulan dari sekarang.

Pada masa yang sama, model Honda Vezel varian rendah boleh diterima dalam tahun ini, itupun bermula Ogos 2021.

Foto: Honda Cars Mie

Kelewatan untuk varian e: HEV Play didakwa berkaitan dengan kekurangan bekalan komponen bahagian bumbung panorama yang unik ditambah pula dengan proses pengeluaran yang lebih kompleks untuk mendapatkan warna 2 tona. Kekurangan bekalan semikonduktor, khususnya untuk varian e: HEV Play, juga menambah kepada masalah sedia ada.

Honda Vezel akan disertai oleh Toyota Corolla Cross yang bakal dijual di Jepun pada suku ketiga (Q3) tahun 2021. Toyota masih belum mengesahkan sama ada Toyota Corolla Cross pasaran Jepun akan dibuat di Jepun atau diimport dari Thailand.

Ya, Malaysia telah menerima Toyota Corolla Cross lebih awal dari Jepun.

Kembali kepada Honda Vezel, nampaknya ia jelas disasarkan untuk menjadi produk kelas atasan, lebih canggih daripada Toyota Corolla Cross.

Sebelum ini, Honda HR-V (Honda Vezel) dikenali sebagai sebuah model yang sangat praktikal namun apabila Toyota turut membangunkan produk yang mensasarkan ciri yang sama, ini memaksa Honda untuk mensasarkan kumpulan pengguna yang berbeza.

Di rantau ini, Honda HR-V 2021 generasi baharu ini telah diintip di Thailand. Model ini dijangka akan dilancarkan di rantau ASEAN menjelang akhir tahun 2021 / awal 2022, berkemungkinan besar di Thailand International Motor Expo pada bulan November ini.

Apabila ia tiba di Malaysia, jangkakan harga yang sedikit mahal. Bahagian dalaman yang premium memerlukan kos tinggi dan struktur cukai kita mampu melonjakkan peningkatan RM 3,000 (kos kilang) menjadi kepada kenaikan sehingga RM 5,000 selepas cukai.

Hal ini kerana pengguna membayar cukai jualan yang dikenakan selepas duti eksais dimasukkan dalam harga jualan. Cukai di atas cukai. 

Walaupun Honda HR-V generasi sekarang berharga antara RM 104k hingga RM 119k, harga tersebut akan jauh berubah apabila Honda HR-V generasi baharu tiba di Malaysia.

Sebagai rujukan, Honda CR-V yang lebih besar berharga antara RM 140k hingga RM 163k. Adakah harganya akan bertindih dengan HR-V baharu?

Oleh disebabkan itulah, terdapat desas-desus bahawa model baharu akan diperkenalkan, disasarkan di bawah Honda HR-V. Hal ini bertujuan untuk mengisi jurang harga yang ditinggalkan oleh Honda HR-V generasi sekarang.

Mengikut sumber kami, Honda WR-V adalah model yang paling sesuai untuk menggalas tugas tersebut. Honda WR-V generasi sekarang dijual di Brazil dan India di mana ia dijangka akan tampil dengan generasi baharu kelak.

Bacaan Lanjut:

Toyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik?

Para pembeli di Jepun tak jadi beli Honda Jazz, nak tunggu Honda HR-V 2021!

Honda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan?

Honda pindah kilang India ke Indonesia, petanda Honda WR-V bakal menyusul ke ASEAN?

Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda HR-V

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 Honda HR-V ā€˜Vā€™ 1.5 Turbo Review in Malaysia, Just About Right for Anyone!

2022 Honda HR-V 1.5 V in Malaysia, Turbo Power!

2022 Honda HR-V 1.5 e:HEV RS Review, Superbly Smart & Sexy Family SUV

2021 Perodua Ativa vs Used Honda HR-V Comparison Review, Which Would You Get?

2021 Honda HR-V 1.8 RS in Malaysia, Now With Apple CarPlay, Is it Still Good?

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

Itā€™s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, itā€™s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editorā€™s Choice Award 2022-2023 for ā€˜Pick-up Truck of the Yearā€™ for the Ranger and ā€˜Car of the Yearā€™ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant thatā€™s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. Thatā€™s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. ā€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda HR-V
Cek Lebih