3 model Perodua hadapi pengeluaran yang lebih lambat, bekalan cip semikonduktor terjejas!
Haris · Feb 25, 2021 02:00 PM
0
0
Dalam satu dokumen yang tiba di meja pengarang Wapcar.my, Perodua telah mengeluarkan pekeliling untuk mengumumkan gangguan pengeluaran yang bakal dialami. Hal ini berikutan daripada gangguan bekalan cip semikonduktor yang terjadi secara global.
3 model yang terjejas pengeluaran akibat daripada gangguan bekalan tersebut. Model yang terjejas adalah Perodua Myvi, Perodua Aruz dan Perodua Alza.
"Kesan ini telah mengakibatkan syarikat automotif seluruh dunia menghentikan atau memperlambat pengeluaran dan bekalan beberapa alat ganti kenderaan dan sayangnya, isu ini turut mempengaruhi Perodua."
“Bagaimanapun, situasi ini masih berada di tahap awal dan kami telah berusaha untuk tampil dengan beberapa cadangan lain bagi mengurangkan masalah. Buat masa ini, kami belum dapat mengeluarkan sebarang angka tetapi sebarang komunikasi akan tetap dijalankan ke pengedar melalui ibu pejabat setempat.”
Bagi bekalan khidmat selepas jualan pula, tiada kesan yang ketara bagi bekalan alat ganti. Walaubagaimanapun, sebarang gangguan bekalan akan tetap diberitahu oleh penasihat jualan.
Gangguan bekalan cip semikonduktor bukan sahaja dirasai oleh industri automotif malah kebanyakan industri berasaskan teknologi turut terkena impaknya. Ditambah dengan wabak pandemik Covid-19, masalah gangguan ini dijangka berterusan sehingga tahun 2022.
Perodua menjamin ketelusan maklumat dan mutu perkhidmatan yang tinggi dalam menangani masalah gangguan pengeluaran ini.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.