Dengan bajet sekitar RM 90,000, kebiasaannya pembeli akan terus mencari sedan segmen B di pasaran baru, contohnya seperti Honda City. Dalam anda beriya bertanyakan pendapat orang lain, pasti ada yang memberi cadangan seperti “baik angkat BMW 3 Series terpakai”.
Sekiranya anda cari di internet, BMW 3 Series pra-facelift generasi F30 memang berharga dalam lingkungan bajet tersebut. Macam menarik kan? Lambang “H” memang memukau tetapi BMW punya aura lagilah mengancam.
Sejujurnya, 3 Series generasi F30 adalah antara BMW moden yang terbaik sebelum tibanya model-model BMW yang terkini. Salah satu dari aspek yang menggagumkan pada 3 Series F30 adalah cara ia menguruskan jalan raya di Malaysia - cukup santai dan bersahaja.
Dari sudut lain, sedan eksekutif kompak ini menawarkan keseimbangan dari segi keselesaan dan pengendalian dengan begitu hebat sekali, terutamanya model facelift (LCI). Namun begitu, harga model facelift masih atas dari bajet RM 90,000. Tetapi usah bersedih kerana model sebelum facelift sebenarnya sudah cukup mengagumkan.
Apapun, memiliki kereta terpakai, lebih-lebih lagi kereta premium yang begini memerlukan lebih penelitian dan penjagaan. Segala kos servis dan alat ganti perlu ditanggung sepenuhnya oleh anda memandangkan tempoh waranti untuk model sebelum facelift sudahpun tamat.
Perlu dimaklumkan juga bahawa sekiranya anda tidak mampu untuk membela sebuah 3 Series yang baru, anda akan tetap tidak mampu untuk membela unit yang terpakai. Harga kereta akan susut tetapi harga alat gantinya tidak. Sebagai langkah persediaan, simpanan tunai perlu ada untuk menampung sebarang ragam.
Sebelum ini, kami pernah bincangkan panduan mengenai isu, masalah umum, dan kos berkenaan BMW 3 Series F30.
Juga baca: Minat BMW? RM 100k untuk BMW 3 Series generasi F30, ini panduan membeli BMW terpakai
Menjadi sebuah kereta yang terpakai, penggantian komponen yang sudah haus juga dijangka berlaku. Oleh itu, dapatkan mekanik atau bengkel yang bertauliah serta boleh dipercayai supaya anda tidak dikenakan cas yang melampau.
Mengenai pembelian Honda City baru pula, anda dijamin dengan sokongan waranti oleh pengeluar. Malah, anda sendiri yakin bahawa ia tidak akan mendatangkan masalah yang besar untuk penggunaan jangka masa yang panjang.
Bagi anda yang belum tahu, Honda City generasi terkini adalah yang paling selesa dalam sejarah pengeluaran model ini.
Dengan Honda City, anda juga disajikan dengan ruang kabin yang begitu lapang dan praktikal dengan kelegaan kaki yang terbaik di kelasnya, lebih-lebih lagi di tempat duduk belakang.
Juga baca: Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona?
Di samping itu, Honda City dilengkapkan dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto yang mana ia tidak didatangkan langsung pada BMW 3 Series F30. Tetapi tempoh warantinya sudah berakhir. Jadi, anda bebas untuk mengubah suai ke infotainment yang lebih moden.
Kalau anda kisah mengenai kadar penggunaan minyak, Honda City ataupun pesaing lain di segmen B sebenarnya lebih sesuai untuk anda.
Juga baca: Kebaikan & Keburukan: Honda City 1.5V – paling luas di segmen tapi tiada AEB?
Konklusinya, kalau anda mahukan pengalaman pemilikan yang bebas dari segala karenah, membeli kereta terpakai bukanlah satu keputusan yang tepat.
Tetapi sekiranya anda memang arif tentang kereta, dan ada wang tunai yang lebih, rugi kalau anda tidak beranikan diri untuk beli BMW 3 Series terpakai.
Sebenarnya, tak semua kereta ‘Conti’ bermasalah. Sekiranya anda jumpa unit yang dijaga dengan baik, memilikinya akan buatkan anda tersenyum lebih lebar berbanding mana-mana sedan segmen B sekalipun.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}