Kalau anda nak tahu, Perodua Ativa varian X, iaitu varian paling bawah sekalipun telah diiktiraf 5 bintang di ujian keselamatan ASEAN NCAP. Menariknya, BMW 3 Series F30 yang dulu hanya mendapat ASEAN NCAP sebanyak 4 bintang sahaja.
Juga baca: Minat BMW? RM 100k untuk BMW 3 Series generasi F30, ini panduan membeli BMW terpakai
Jadi, Perodua lebih selamat daripada sebuah BMW? Pelik kan. Tetapi ada penjelasannya.
Menurut Ketua Pengarah Malaysia Institute of Road Safety Research (MIROS) yang juga selaku Setiausaha Agung ASEAN NCAP, keutamaan penilaian NCAP di rantau yang berlainan seperti Australia NCAP mahupun Euro NCAP adalah berbeza.
Juga baca: MIROS bakal siapkan litar ujian ADAS sepanjang 1 km menjelang Jun 2021
Setiap dari mereka mempunyai matlamat untuk menyelesaikan masalah tempatan, iaitu membendung isu kemalangan jalan raya di rantau masing-masing.
Sebagai contoh, Japan NCAP mempunyai masalah lalu lintas. Disebabkan itu, separuh daripada markah penilaiannya adalah berkenaan lalu lintas. Rantau ASEAN pula dengan isu motosikal. Disebabkan itulah ASEAN NCAP meletakkan fokus kepada penilaian yang melibatkan motosikal.
Berkenaan BMW 3 Series yang disebutkan tadi, ia sebenarnya mendapat penarafan NCAP sebanyak 5 bintang di Eropah. Cumanya, spesifikasi yang terdapat di pasaran kita tidak begitu bertepatan dengan piawaian ASEAN NCAP.
Misalnya, amaran pemakaian tali pinggang untuk penumpang depan tidak didatangkan langsung. Selain itu, kerusi kanak-kanak untuk sedan eksekutif kompak itu juga sukar untuk dipasang. Disebabkan itu, ASEAN NCAP yang mengutamakan kedua-dua aspek ini hanya memberikan markah sebanyak 4 bintang sahaja.
Oleh itu, pastikan anda membeli kereta yang mendapat penarafan ASEAN NCAP, seeloknya 5 bintang.
Sekarang ini, Kementerian Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pengangkutan dan juga MIROS telah mewajibkan setiap kereta baru di bilik pameran untuk melampirkan keputusan ASEAN NCAP masing-masing.
Menariknya, ia dinilai berdasarkan varian paling mampu milik kerana setiap pengguna berhak mendapat perlindungan keselamatan yang terbaik.
Untuk lebih jelas, ikuti perincian rakan kami di Careta.my.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}