Toyota Harrier adalah SUV mewah No. 1 Jepun tahun 2020 tapi Toyota Raize (Ativa) tapau semua!
Haris ยท Apr 8, 2021 11:00 AM
0
0
Persatuan Penjual Kenderaan Jepun (JADA) telah mengeluarkan senarai model terlaris di Jepun untuk tahun fiskal 2020 (April 2020 hingga Mac 2021). Toyota nampaknya mendominasi senarai ini dengan 7 daripada 10 model terlaris di Jepun berasal dari Toyota.
Barisan model Toyota Yaris (termasuklah Yaris Cross and GR Yaris) adalah model terlaris di Jepun, dengan 202,657 unit terjual untuk tahun fiskal 2020. Selain daripada itu, model tunggal terlaris diungguli oleh Toyota Raize, kembar Perodua Ativa, dengan 120,998 unit. Angka ini menjadikan model ini sebagai SUV paling laris di Jepun,
Kembar lain, Daihatsu Rocky pula menduduki tangga ke 26 dengan 26,425 unit terjual.
Lebih menarik lagi, Toyota Alphard yang berharga hampir sama dengan Mercedes-Benz C-Class / E-Class di Jepun (mengikut varian), adalah kenderaan ke-4 terlaris di Jepun.
Dengan 106,579 unit terjual, Toyota menjual sebanyak 4 kali ganda Toyota Alphard berbanding Suzuki menjual Suzuki Swift (25,584 unit). Sekiranya unit jualan Toyota Vellfire sebanyak 14,749 unit diambil kira, nisbah ini akan meningkat lebih tinggi.
Toyota Harrier kini model global
Jumlah jualan yang tinggi ini turut disumbangkan oleh ketiadaan pesaing dalam segmen SUV mewah. Dengan Nissan Murano tidak lagi dijual, pesaing terdekat Harrier adalah Mazda CX-8 yang berada pada kedudukan ke-38 dengan 16,617 unit.
Carta kenderaan paling laris Jepun, tahun fiskal 2020 (Apr '20 - Mac '21), dalam unit
Toyota Yaris (incl Yaris Cross, GR Yaris)
202,657
Toyota Raize
120,998
Toyota Corolla
112,777
Toyota Alphard
106,579
Toyota Roomy
103,064
Honda Fit (Jazz)
94,311
Toyota Harrier
86,843
Honda Freed
73,368
Toyota Voxy
71,903
Nissan Note
71,894
Toyota Sienta
62,233
Nissan Serena
65,302
Toyota Prius
59,160
Toyota RAV4
50,990
Toyota Aqua
48,115
Toyota Noah
46,755
Suzuki Solio
43,664
Honda Step WGN
36,091
Toyota Passo
33,276
Nissan Kicks
32,863
Sementara itu, Toyota Harrier generasi keempat (UX80) akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. UMW Toyota Malaysia telah membuka pra pesanan kepada mereka yang berminat untuk mencuba model ini.
Tiada sebarang data jualan yang boleh dikongsikan untuk industri automotif di Malaysia. Suruhanjaya Persaingan Malaysia mendakwa bahawa melaporkan data jualan hanya akan memupuk aktiviti penetapan harga (price fixing) dalam kalangan pengeluar kenderaan.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.