window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Jimny bakal dilancarkan di Malaysia separuh kedua 2021. Suzuki Swift standard pula dalam perancangan?

Haris · May 16, 2021 04:00 PM

Suzuki Jimny bakal dilancarkan di Malaysia separuh kedua 2021. Suzuki Swift standard pula dalam perancangan? 01

Naza Eastern Motors, pengedar kenderaan Suzuki di Malaysia yang baru dilantik, telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan melancarkan model lain menjelang separuh kedua tahun 2021. Model tersebut hampir pasti adalah Suzuki Jimny. Selain itu, barisan produk Suzuki juga bakal disertai oleh Suzuki Swift biasa pada tahun hadapan.

Suzuki Jimny bakal dilancarkan di Malaysia separuh kedua 2021. Suzuki Swift standard pula dalam perancangan? 02

CEO Naza Group bahagian Automotif Datuk Nik Hamdam Nik Hassan

"Kami akan membawa (1) model lain yang merupakan antara model popular dalam rangkaian produk Suzuki," kata Ketua Pegawai Eksekutif Naza Group bahagian Automotif, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan kepada The Edge. Beliau tidak menjelaskan model apa yang dimaksudkan tetapi hanya tinggal Suzuki Jimny generasi keempat sahaja yang belum dilancarkan Naza untuk tahun 2021.

Suzuki Jimny bakal dilancarkan di Malaysia separuh kedua 2021. Suzuki Swift standard pula dalam perancangan? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzu Swift Sport yang baru dilancarkan bersama-sama dengan Suzuki Jimny yang akan datang bakal melengkapkan barisan ikonik dari Suzuki. Bukan itu sahaja, Naza juga boleh memperkenalkan varian Suzuki Swift biasa pada tahun hadapan dan seterusnya.

"Bagi mereka yang tidak dapat membeli MINI Cooper misalnya, boleh mendapatkan Suzuki Swift Sport dengan 1/4 atau setengah harga berbanding MINI. Jadi, ia mempunyai pengikut yang lebih ramai dan bermula dari situ kita mampu membawa varian yang lebih rendah pada tahun depan,” ujar beliau lagi.

Suzuki Jimny bakal dilancarkan di Malaysia separuh kedua 2021. Suzuki Swift standard pula dalam perancangan? 01

Suzuki Swift ZC63S rantau ASEAN (tidak termasuk Singapura dengan spesifikasi enjin mild-hybrid), hanya tersedia dengan enjin empat silinder 1.2 liter NA petrol K12M  yang menghasilkan 84 PS dan 113 Nm, digandingkan dengan 5-kelajuan manual atau automatik jenis CVT.

Suzuki Jimny bakal dilancarkan di Malaysia separuh kedua 2021. Suzuki Swift standard pula dalam perancangan? 02

Nik Hamdam juga menambah bahawa Naza tidak mahu melabur dalam operasi pemasangan tempatan (CKD) buat masa ini. "CBU membolehkan kami membawa lebih banyak model ke pasaran. Walaupun kosnya lebih mahal, ia tidak menghalang kami untuk menambah bilangan model yang ditawarkan. Untuk pelan CKD pula, kita harus lebih selektif kerana ia memerlukan kualiti pengeluaran yang konsisten,” katanya.

Suzuki Jimny bakal dilancarkan di Malaysia separuh kedua 2021. Suzuki Swift standard pula dalam perancangan? 03

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa dengan fokus yang berpaksikan barisan model CBU, pelaburan yang diperlukan tidak sebanyak syarikat yang menjalankan operasi pemasangan tempatan.

Suzuki Jimny bakal dilancarkan di Malaysia separuh kedua 2021. Suzuki Swift standard pula dalam perancangan? 04

Walaubagaimanapun, Nik Hamdam tidak menolak kemungkinan operasi CKD di Malaysia. "Dalam jangka masa panjang, kemungkinan setelah 2 hingga 3 tahun, operasi CKD mungkin boleh dipertimbangkan kerana Suzuki adalah satu jenama yang boleh kita kembangkan, dan dengan lebih banyak tawaran model di pasaran saya rasa CKD akan menjadi pilihan," tambahnya.

Suzuki Jimny bakal dilancarkan di Malaysia separuh kedua 2021. Suzuki Swift standard pula dalam perancangan? 05

Operasi CKD untuk Suzuki memerlukan perbincangan dengan prinsipal jenama kerana Suzuki kini mempunyai 2 kilang pengeluaran di rantau ini, satu di Thailand dan satu lagi di Indonesia. Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mampu membenarkan duti import yang lebih rendah. Namun, serendah mana harga yang boleh ditawarkan Suzuki?

Bacaan Lanjut:

Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia!

Suzuki Swift Sport kini di Singapura - enjin mild hybrid dan 6MT pertama di ASEAN!

Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda