Mazda
Thoughts on Mazda 3?
62
Minggu lepas, Mazda USA mengumumkan akan menghentikan jualan Mazda CX-3 dan Mazda 6, dan tidak mengumumkan sebarang model penggantian.
Mazda tidak memberikan sebarang alasan atas pemberhentian dua model itu, sekadar berkata, “Disebabkan minat pengguna terus berubah, Mazda akan menghentikan CX-3 dan Mazda 6 untuk model tahun 2022 di pasaran Amerika Syarikat (AS).”
Sudah tentu ini menimbulkan pertanyaan berkenaan masa depan kedua-dua model ini di Malaysia. Kami telah menerima pengesahan dari Mazda bahawa CX-3 dan Mazda 6 akan terus dijual bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain dalam rantau ASEAN, serta di pasaran-pasaran utama Mazda termasuk Jepun dan Australia (dimana Mazda menjadi jenama nombor 1 untuk pembeli persendirian).
Seorang jurucakap Mazda memberitahu Wapcar.my bahawa pelarasan barisan model Mazda di AS tidak mempunyai hubung kait dengan operasi Mazda di Malaysia.
Untuk Malaysia, Indonesia, dan Singapura, kedua-dua Mazda CX-3 dan Mazda 6 diimport dari Jepun. Untuk Thailand, hanya Mazda 6 diimport dari Jepun. Mazda CX-3 (dan CX-30) adalah model pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang Mazda Manufacturing Thailand di Chon Buri. Kilang itu juga memasang Mazda 2 dan Mazda 3.
Mazda BT-50 dikeluarkan di kilang Isuzu di Samut Prakan, yang turut memasang Isuzu D-Max. Juga harus diketahui model-model CX-5 dan CX-8 di Thailand diimport dari Malaysia, yang juga turut dieksport ke Indonesia dan Filipina.
Mazda dijangka melancarkan sekurang-kurangnya dua model pacuan roda-belakang – sebuah sedan dan SUV – menjelang 2022. Sama ada sedan ini akan menggantikan Mazda 6 atau duduk di atas segmen 6, masih belum diketahui.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
8