Hyundai Palisade 2021 pasaran Singapura memberi klu spesifikasi akan datang di Malaysia
Zamil Syaheer Β· Jun 19, 2021 10:00 AM
0
0
Hyundai Palisade 2021 yang nampak gah dan besar ini bakal dilancarkan di Malaysia, dengan harapan ia mampu mencuri tumpuan anda daripada Mazda CX-9.
Namun, Malaysia bukanlah negara pertama di rantau ini - Indonesia, dan baru-baru ini Singapura juga memperkenalkan Hyundai Palisade, di mana kita akan bandingkan model ini dengan lebih lanjut.
Ciri-ciri lain termasuklah tempat duduk depan yang berventilasi dan dipanaskan (tempat duduk pemandu boleh laras kuasa 10-arah), dua bumbung suria, dan pintu belakang yang berkuasa.
Keselamatan – Sistem yang asas
Hyundai Palisade dilengkapi dengan monitor titik buta dengan amaran lalu lintas belakang, serta kamera 360 darjah, Safe Exit Assist (SEA), dan Rear Occupant Alert (ROA).
Sayangnya, tiada sebutan mengenai kawalan pelayaran adaptif. Ini agak potong stim, yelah…kereta dah besar and gah macam ni.
Selain daripada itu, terdapat 6 beg udara dan juga ciri ISOFIX di tempat duduk belakang. Pendek kata, semua ini sama dengan Palisade spesifikasi pasaran Indonesia.
Prestasi – lagi berkuasa di Malaysia
Kita sudah tahu bahawa Palisade spesifikasi Malaysia akan dikuasakan oleh enjin 3.8 liter V6 dengan suntikan langsung yang menghasilkan 291 PS dan 355 Nm.
Di Singapura pula, Palisade menggunakan enjin 3.5 liter V6 yang lebih kecil, menghasilkan 277 PS dan 336 Nm.
Palisade spesifikasi Indonesia pula paling rendah setakat ini, dengan 2.2 liter diesel yang menghembuskan 200 PS dan 440 Nm.
Hyundai Palisade di Malaysia
Seperti dikatakan di awal artikel ini, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) akan memperkenalkan Palisade disini, cuma bila itu tidak dapat dipastikan.
Spyshots yang kami muat naik sebelum ini menunjukkan model pemanduan kiri, jadi ini adalah unit latihan dan bukanlah petunjuk Palisade spesifikasi tempatan.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.