Honda
Should I get a 2018 Civic Type R? Share eye candy a bit.
77
Honda Civic Type R mungkin sebuah model JDM yang terkenal dengan ketangkasan, namun kejadian terbaru ini mempersoalkan integriti aspek keselamatannya. Sebuah Honda Civic berwarna biru terputus dua berikutan kemalangan yang berlaku di Denver, Colorado.
Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Vincent Nieto, 2 bahagian Honda Civic Type R yang terputus tersebut berada di perkarangan sebuah restoran makanan segera.
Pemandu kereta dan ibu pemilik kereta tersebut telah menceritakan mengenai video tersebut, dan menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.
Honda Civic Type R tersebut dipandu bersama seorang penumpang di barisan pemandu telah dilanggar di persimpangan jalan oleh sebuah Volvo S60 generasi pertama. Hasil perlanggaran secara ‘T-Bone’ tersebut telah menyeret Civic tersebut ke tiang pendek bahu jalan lalu mematahkan struktur badan Civic kepada dua.
Volvo S60 yang dimaksudkan dapat dilihat di dalam rakaman video adalah daripada generasi pertama yang dikeluarkan sekitar tahun 2000 - 2009. Ini bermakna kereta yang melanggar sekurang-kurangnya 7-8 tahun lebih tua berbanding Civic Type R yang lebih baru.
Pemandu dan penumpang Honda Civic Type R dan Volvo S60 tersebut dilaporkan selamat dengan kecederaan ringan.
Jika anda rasa struktur integriti Honda Civic tersebut ‘lebih lemah’ berbanding Volvo S60, tiada jawapan yang konkrit untuk ini.
Berdasarkan fakta bahawa pemandu dan penumpang selamat dan boleh keluar dari kenderaan masing-masing, kedua-dua kereta menunjukkan integriti keselamatan yang kukuh dan tidak ada yang lebih baik - yang penting adalah kemampuan menyelamatkan nyawa.
Bacaan Lanjut:
Apa? Integriti struktur Honda HR-V kalah vs Proton X50?
Penting atau tak bermoral? Mayat manusia sebenar digunakan untuk ujian perlanggaran!
Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Honda
Real feeling from a Honda Civic owner. How much did I pay for it: 98000 How long have I bought it: 10 years Do I still like it: Yes but hassle about the maintenance What's the best part of my car: Chicks magnet What's the worst thing of my car: People trolls you because you using stock What’s the next car I want to buy: X50
6
34
11