window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol?

Mersita · Jun 19, 2020 12:42 PM

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 01

Alasan yang sering diberi semasa hendak membeli SUV ialah aspek keselamatan tambahan yang ada pada SUV jika berlaku kemalangan. SUV bersaiz lebih besar, oleh itu kita secara tak langsung berpendapat yang ia lebih kuat. Ada betulnya pada dakwaan ini.

Ketika perlanggaran berlaku antara dua buah kereta, selalunya adalah lebih bagus untuk berada dalam kereta yang lebih besar. Tetapi, SUV juga dikaitkan dengan titik tengah graviti yang tinggi dan ia juga boleh tergolek dengan lebih mudah.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 02

FC Civic telah diuji dengan hanya standard ANCAP pra-2017

Jika keselamatan adalah kepentingan utama anda, patutkah anda ambil SUV atau sedan?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini bergantung kepada beberapa faktor. Untuk perbandingan yang lebih adil, kita akan mengkaji SUV dan sedan dari pembuat kereta yang sama dan mempunyai saiz yang juga lebih kurang sama.

Katakanlah… Anda terlibat dalam kemalangan

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 01

Bukan mendoakan, tapi kemungkinan itu ada. Dalam ujian kemalangan yang standard dibuat oleh ASEAN NCAP (ANCAP), sebuah kereta akan dipandu terus untuk melanggar penghalang anjal pada kelajuan 64 km/jam.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 02

Kami pada mulanya hendak membandingkan Honda Civic dengan Honda CR-V kerana kedua-duanya adalah dari kereta segmen C dari pembuat kereta yang sama, tetapi laporan dan ujian ANCAP telah berubah sejak 2017. Laporan ANCAP pula tiada yang dikemaskini untuk Honda Civic FC. Oleh itu, kami terpaksa membandingkan Honda CR-V dengan Honda Accord.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 03

Accord dan CR-V dipandu merempuh dinding pada kelajuan 64 km/jam

Perubahan-perubahan penting dalam ujian perlanggaran (sejak 2017) termasuk:

1. Menggunakan patung dummy Q selain daripada patung P (Patung Q lebih canggih dan “multi-directional”)

2. Sistem penskoran sudah diubah dengan Child Occupant Protection (COP) dan Adult Occupant Protection (AOP) digabungkan dalam satu skor.

3. Ujian impak sisi kini telah ada skor, dimana dahulu ia cuma ada PASS atau FAIL dengan ujian legislatif UN R95.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 04

Ingat Graham? Satu-satunya ‘manusia’ yang boleh selamat dalam kemalangan kereta

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa ujian perlanggaran tidak dilakukan dengan kelajuan lebih 100 km/jam? Jawapannya mudah – ia tak membawa apa-apa faedah. Perlanggaran dengan kelajuan tinggi selalunya akan berakhir dengan kematian, melainkan anda dibina macam Graham.

Oleh itu, jom kita lihat bagaimana prestasi Honda Accord dan Honda CR-V dalam ujian perlanggaran ANCAP yang telah dikemaskini. Kedua-dua kereta ini mempunyai 6 beg udara serba satu.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 05

Bagaimana kita baca skor?

Secara umumnya, skor tinggi menunjukkan tahap perlindungan penumpang yang lebih tinggi. Dalam ujian impak dari hadapan dibuat oleh ANCAP, prestasi Honda Accord lebih tinggi berbanding Honda CR-V.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 06

Skor-skor ini diambil dengan menilai pecutan dan daya yang dikenakan pada patung Q yang digunakan. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kedua-dua kenderaan ini dipandu terus ke dinding anjal pada kelajuan 64km/jam.

Kenderaan yang lebih berat menjana lebih momentum, oleh itu ia menjana lebih daya pada penumpang. CR-V mempunyai berat lebih 50 kg berbanding Accord dan ini barangkali memberi kesan kepada keputusan ujian tersebut.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 07

Inilah akibat berebut ruang laluan tol

Jika dua kereta berlanggar kepala dengan kepala, kereta yang lebih berat akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk selamat. Dalam kes baru-baru ini dimana Proton Persona dan Honda HR-V berlanggar di plaza tol, perlanggaran itu bukanlah akibat daripada pertembungan hadapan.

Tetapi kita boleh lihat bagaimana HR-V tersebut tergolek manakala Persona itu pula remuk teruk di bahagian hadapannya kereta melanggar sisi belakang HR-V yang bergerak. Kelajuan dan arah kedua-dua kereta tersebut mempengaruhi hasil perlanggaran tersebut.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 08

Bagaimana prestasi antara Proton Persona dan Honda HR-V berbeza dalam ujian ANCAP?

Dalam aspek impak hadapan, HR-V mendahului dengan mata 15.21 AOP. Nampaknya pemandu Proton Persona mempunyai perlindungan yang sedikit di ruang kaki.

Dengan HR-V yang tergolek itu pula, data terkumpul tidak menggambarkan hal ini. Dari segi dimensi, HR-V lebih besar sedikit dan lebih kurang 80 kg lebih berat berbanding Persona.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 09

Persona (diuji sebagai Iriz) dan HR-V diuji dengan standard pra-2017.

Oleh itu, jika dua kereta bertembung dari hadapan, kita boleh katakan yang pemandu SUV akan lebih selamat. Tetapi, ini bukanlah jenis kemalangan trafik yang paling kerap berlaku.

Berbalik kepada kereta-kereta Honda yang diuji – dalam aspek impak sisi, Accord dan CR-V sama-sama mendapat 16 mata. Ujian impak sisi adalah lebih kurang sama rata kerana kereta tersebut diuji dalam keadaan pegun (tidak bergerak). Kedua-duanya nampak OK dalam ujian ini.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 10

Bagi kereta Malaysia pula, kita menggunakan ujian ANCAP sebagai kayu ukur untuk tahap keselamatan kenderaan. Walaupun ia nampak seperti ujian impak hadapan dan sisi yang simple, ia sebenarnya amat meluas, distandardkan dan juga berkos tinggi untuk ujian keselamatan kenderaan.

Ujian dalam senario kemalangan yang pelbagai akan menaikkan lagi kos berlipat kali ganda. Keputusan yang kita ada sekarang sudah cukup untuk digunakan sebagai panduan yang bagus bagi mereka yang mementingkan keselamatan.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 11

Berkenaan perbandingan keselamatan antara SUV dan sedan, keselamatan anda bergantung pada parameter kemalangan itu sendiri.

Mengikut statistik, perlanggaran dari belakang adalah kes yang paling kerap berlaku. Jika anda melanggar kereta yang tidak bergerak, ia lebih kurang sama dengan keputusan ujian yang dijalankan ANCAP. Oleh itu, ujian Honda Accord dan Honda CR-V akan memberi hasil yang sama.

Jika SUV lebih selamat dari sedan, apa jadi semasa kemalangan Persona dan HR-V di plaza tol? 12

Mula-mula sekali, belajar cara duduk yang betul

Sememangnya pemanduan yang selamat dan berhati-hati adalah kunci untuk mengelakkan kemalangan, tetapi hal ini boleh dijelaskan dengan lebih baik oleh rakan sekerja kami yang lebih berpengalaman. Sebahagian dari kami adalah pemandu yang sangat mahir, tetapi bagi kami – jika anda memandu seperti pelesit, perlanggaran anda sudah tentu akan jadi sangat, sangat teruk.

SUV sememangnya lebih selamat dalam beberapa kondisi perlanggaran, tetapi ia juga boleh tergolek dengan lebih mudah. Yang paling penting, pandulah dengan selamat dan cermat.

Artikel ini mula-mula ditulis dalam Bahasa Inggeris oleh Arif Chan, rakan penulis kami yang juga jurutera berpengalaman dalam industri otomotif.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda