window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa? Integriti struktur Honda HR-V kalah vs Proton X50?

Haris Ā· Jun 15, 2021 09:00 PM

Apa? Integriti struktur Honda HR-V kalah vs Proton X50? 01

Tidak kira sama ada anda berada di China atau di Malaysia, Honda HR-V dan Proton X50 (juga dikenali sebagai Geely Binyue) adalah 2 model SUV segmen C yang sangat popular.

Justeru, portal media China telah melakukan suatu rebiu luar kotak: Integriti struktur mana yang lebih baik, X50 vs HR-V?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam usaha untuk menentukan SUV subkompak mana yang lebih selamat, portal China DaBiaoChe menguji kemalangan Honda HR-V pasaran China dengan Geely Binyue. Ini bukan ujian perlanggaran biasa seperti yang dilakukan dalam ujian ASEAN NCAP. Ini adalah senario kemalangan yang boleh terjadi.

Apa? Integriti struktur Honda HR-V kalah vs Proton X50? 01

Kedua-dua SUV diuji dalam ujian kemalangan bahagian depan dan inilah data yang dikumpulkan oleh DaBiaoChe.

Apa? Integriti struktur Honda HR-V kalah vs Proton X50? 02

Masa beg udara dan pengetatan tali pinggang keledar dalam milisaat

Beg udara untuk kedua-dua SUV mengambil masa 30 milisaat untuk mengembang, sementara tali pinggang keledar Binyue mengambil masa hanya 9 milisaat untuk ketat, berbanding 15 milisaat pada HR-V.

Beg udara dan tali pinggang keledar dilengkapi dengan pengecas letupan kecil yang bertujuan untuk mempercepatkan pengetatan tali pinggang keledar sekiranya berlaku kemalangan.

Apa? Integriti struktur Honda HR-V kalah vs Proton X50? 03

Pintu pemandu Honda HR-V remuk, sementara pintu Binyue hanya sedikit terkesan

Lebih membimbangkan ialah perubahan bentuk struktur badan Honda HR-V. Portal berkenaan menyatakan bagaimana struktur HR-V remuk dalam perlanggaran meliputi tiang A, casis, pintu, dan bumbung.

Geely Binyue pula bertahan dengan cukup baik tanpa kecacatan ketara.

Apa? Integriti struktur Honda HR-V kalah vs Proton X50? 04

Geely Binyue adalah kereta yang lebih terkini berbanding Honda HR-V dalam ujian ini. Peningkatan kemajuan dalam aspek keselamatan tentunya berpihak kepada model tersebut. Sebaliknya, Honda HR-V adalah produk dari tahun 2014.

Keputusan perlanggaran ini lebih tepat menggambarkan betapa jauhnya kemajuan integriti struktur telah maju.

Apa? Integriti struktur Honda HR-V kalah vs Proton X50? 05

Perlu diingatkan di sini juga bahawa model pasaran China yang digunakan mungkin berbeza dengan kereta pasaran Malaysia model sama. Kualiti binaan badan, campuran bahan dan spesifikasi struktur juga mungkin berbeza.

Oleh yang demikian, setiap rantau mempunyai standard piawaian keselamatan yang tersendiri misalnya ASEAN NCAP.

Apa? Integriti struktur Honda HR-V kalah vs Proton X50? 06

Inilah sebabnya mengapa skor NCAP Euro atau negara-negara lain NCAP tidak dapat diaplikasikan untuk Malaysia walaupun model sama.

Bagi pembeli 2 sedan ini, Honda HR-V dan Proton X50 kedua-duanya dianugerahkan dengan markah ujian kemalangan 5 bintang oleh ASEAN NCAP. Oleh itu, anggap sahaja rebiu luar kotak ini sebagai maklumat tambahan. Boleh?

Bacaan Lanjut:

Toyota rangkul 3 anugerah di ASEAN NCAP Award 2019-2020!

Honda City terlalu konsisten skor 5 bintang ASEAN NCAP sampai menang anugerah!

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda