Elektrifikasi dan China berpisah tiada. Negara tanah besar itu memang sangat sinonim dengan komitmen menghasilkan udara bersih. Setelah 3 bulan selepas Geely melancarkan Geely Binyue 2021 di China, syarikat itu kini telah memperkenalkan Geely Binyue versi plug-in hybrid (PHEV).
Model PHEV baharu yang dilancarkan ini dipanggil Geely Binyue 1.5T ePro, ditawarkan dalam dua varian. Kedua-dua varian Geely Binyue 1.5 ePro dikuasakan oleh enjin 3-silinder 1.5 liter turbocaj yang menghasilkan 170 PS kuasa kuda dan 255 Nm tork.
Output sistem gabungan ialah 258 PS dan 415 Nm, mencatatkan peningkatan kuasa yang agak tinggi. Apa yang lebih mengagumkan ialah apabila menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, 'X50 hibrid' ini mampu mencatatkan 85 km jarak tempuh (meningkat daripada 62 km untuk model pra-facelift), dengan hanya menggunakan 1.2 liter/100 km (enjin petrol sebagai pengecas kepada motor yang menggerakkan roda). Untuk tujuan caj, pengecaj 6.6-kW digunakan pada Geely Binyue 1.5T ePro ini.
Disebalik statistik atas kertas tersebut, terdapat sedikit perbezaan visual yang sangat minimum antara Geely Binyue biasa dan versi elektrik. Lihat dengan lebih dekat dan anda akan mendapati rim aloi dwi-warna 18-inci mirip yang terdapat pada Mazda CX-5 dengan lambang PHEV baharu pada pintu belakang. Itu sahaja perbezaan luaran yang ketara.
Warna biru yang anda lihat di sini juga adalah warna khas untuk Geely Binyue PHEV sahaja, tetapi jika warna biru ini bukan pilihan anda, Geely Binyue PHEV juga boleh didapati dalam warna putih atau merah.
Menjadi model elektrik turut bermakna Geely Binyue PHEV dilengkapi dengan ciri-ciri terkini yang sarat, rata-ratanya mencerminkan ciri keselamatan model varian petrol. Di samping suite ADAS sedia ada, Binyue PHEV baharu akan menambah Fungsi Maklumat Had Kelajuan (SLIF), Bantuan Tempat Letak Kereta Jarak Jauh (RPA) dan suite Brek Kecemasan Autonomi (AEB) yang dipertingkatkan.
Di China, harga permulaan Geely Binyue PHEV ini bertindih dengan model petrol spesifikasi teratas Binyue dari CNY 119,800 (~RM 78k) dan mendahului pada CNY 135,800 (~RM 88k).
Baca: Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana?
Menurut akhbar The Star, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata, "Proton mempunyai pelan hala tuju yang dirancang ke arah memperkenalkan kenderaan hibrid, plug-in hybrid dan EV - jadi mungkin perkembangan ini boleh membantu untuk memajukan rancangan kami."
Kenyataan tersebut berpotensi membuka jalan kepada Proton X50 PHEV di Malaysia. Malah, ia mungkin satu tugas yang lebih mudah untuk membawakan model ini ke Malaysia kerana kebanyakan komponen sama yang dikongsikan.
Walaubagaimanapun, sama seperti dilema di China, harga bagi Proton X50 PHEV mungkin akan berada pada sempadan model Proton X50 Flagship. Adakah ia mampu memberi tarikan yang lebih baik berbanding model standard biasa?
Baca: Proton SAHKAN pelan untuk kereta hibrid & elektrik, EV di Malaysia bawah RM 100k tak mustahil
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}