Pelancaran Perodua Ativa 2021 hangat diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia, namun ada satu persoalan yang sering timbul: Berapakah kos penjagaan Perodua Ativa sepanjang tempoh 5 tahun/100,000 km?
Tanpa membuang masa, kami akan kupas satu persatu.
Baca juga: Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!
Kos servis Perodua Ativa 2021 | ||
---|---|---|
Bulan | Mileage (km) | Kos (RM) |
1 | 1,000 | - |
6 | 10,000 | 160.50 |
12 | 20,000 | 259.30 |
18 | 30,000 | 202.79 |
24 | 40,000 | 423.12 |
30 | 50,000 | 202.79 |
36 | 60,000 | 259.30 |
42 | 70,000 | 202.79 |
48 | 80,000 | 423.12 |
54 | 90,000 | 202.79 |
60 | 100,000 | 841.40 |
Jumlah | 3,177.90 |
Kos keseluruhan untuk servis Ativa anda sepanjang tempoh 5 tahun/100,000 km ialah RM 3,177.90. Harga ini termasuk kos upah ‘labour’ berserta SST 6%.
Pertama kali anda akan menerima bil servis yang kosnya agak tinggi ialah pada servis 24 bulan/40,000 km, iaitu RM 423.12. Kenaikan kos pada servis ini berpunca dari penukaran penapis udara/’air filter’ (RM 53.80), cecair brek/’brake fluid’ (RM 28), dan penyejuk/’coolant’ (RM 51.60).
Perlu diingatkan bahawa servis paling mahal akan tiba pada servis 84 bulan/100,000 km, dengan kos RM 841.40. Kos terbesar di sini datang daripada ‘spark plug’ baru (RM 471.90) dan cecair CVT (RM 97.50).
Baca juga: Perodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?
Bergantung kepada varian, Ativa dipasang dengan dua saiz tayar berbeza:
Dari segi harga, kita boleh jangkakan kosnya adalah antara RM 200 - RM 470 bagi setiap unit tayar 16 inci, dan sekitar RM 300 - RM 500 bagi setiap unit tayar 17 inci. Nak satu set? Darab 4.
Baca juga: Model & jenama tayar kereta terbaik saiz 13 – 17 inci. Suka jenis tayar kereta yang senyap?
Dengan enjin 1.0 liter 3 silinder, cukai jalan Ativa hanyalah RM 20. Insuran Ativa pula berbeza-beza mengikut varian:
Kadar insuran Perodua Ativa | |
---|---|
Varian | Harga |
1.0 X | RM 1,846.80 |
1.0 H | RM 1,966.40 |
1.0 H Special Metallic | RM 1,979.40 |
1.0 AV | RM 2,099.00 |
1.0 AV Special Metallic | RM 2,112.00 |
1.0 AV Dual-Tone | RM 2,119.80 |
Rujuk rumusan di bawah untuk dapatkan kos insuran dan jagaan Ativa dalam tempoh 5 tahun termasuk semua varian.
Ativa secara amnya ialah pakej yang cukup lengkap, didatangkan pula dengan pelbagai kelengkapan keselamatan sebagai standard.
Baca juga: Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!
Selain itu, ia juga model Perodua pertama yang dibina berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).
Kuasanya datang daripada enjin 1.0 liter berpengecas turbo (1KR-VET, 98 PS/140 Nm) yang dipadankan dengan Dual-mode CVT (D-CVT) – kombinasi yang julung kali dilihat dalam barisan kenderaan Perodua.
Baca juga: Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}