Perodua Ativa – SUV segmen A atau segmen B? Sama macam Proton X50?

Bergantung pada sumber maklumat anda, Perodua Ativa (D55L) baru dilancarkan semalam dikatakan sebagai SUV samada segmen A ataupun segmen B. Mana satu yang betul? Dan yang lebih penting, apa benda segmen-segmen A/B/C ni?

Jawapan dari kami cukup ringkas, tapi mungkin ada yang setuju atau tidak: Perodua Ativa (D55L) ialah sebuah SUV segmen B (bawahan). Oleh itu, anda boleh letakkan Ativa dalam kumpulan yang sama dengan Proton X50 yang juga segmen B (atasan) secara amnya.

X50 dan Ativa bukanlah bersaing secara langsung tapi perlu diingatkan yang kenderaan berkelas segmen B merangkumi SUV sekecil Mazda CX-3 sehinggalah Honda HR-V yang berbadan besar.

Juga perlu diingatkan yang kebanyakan kelengkapan hebat yang ada pada Proton X50 hanya terhad kepada satu varian iaitu TGDI Flagship yang berharga RM 103,300. Tiga varian MPI yang selebihnya (berharga antara RM 79,200 hingga RM 93,200) lebih kurang sama saja dengan Ativa (berharga dari RM 61,500 hingga RM 72,000).

Kenapa kami anggap Ativa layak dalam segmen B? Penjelasan terbaik ialah ia seperti hatchback Perodua Myvi yang juga segmen B tapi versi SUV. Ativa juga lebih panjang ukuran badannya serta jarak roda yang juga lebih panjang berbanding Myvi. Tak masuk akallah jika kita katakan ia seperti Axia (segmen A) versi SUV, bukan?

Selain dari itu, ada ruang lagi dibawah Ativa bagi sebuah SUV yang bersumberkan kereta bersaiz seperti Perodua Axia segmen A.

Di Jepun, produk ini dipanggil Daihatsu Taft dan ia sememangnya SUV segmen A. Di Eropah pula, mereka ada Fiat Panda – siap ada pilihan 4x4 lagi.

Tapi, jika anda rasa tak setuju dengan kenyataan ini dan masih juga menganggap Perodua Ativa (D55L) sebagai kereta segmen A, terpulang pada anda.

Tiada siapapun yang boleh beri jawapan yang benar-benar betul atau salah. Perodua atau Daihatsu sendiri tak kisah jawapan mana betul dan mana yang salah.

Daihatsu Rocky, kereta asas Ativa

Bagi pembuat-pembuat kereta – tak kisahlah Perodua, Daihatsu, Toyota, dan lain-lain – mereka tiada definisi segmen A/B/C/D. Segmen-segmen ini secara amnya hanyalah terminologi/istilah yang digunakan oleh pengguna secara kasual dan selalunya digunapakai dalam komen-komen Facebook.

Namun, asal-usul istilah segmen A/B/C/D ini mula-mula sekali digunakan oleh Suruhanjaya Eropah sebagai panduan bagi konsumer. Tiada satu definisi mutlak bagi setiap segmen. Oleh itu, kurang sesuailah jika kita golongkan Ativa didalam segmen A kerana ia lebih pendek daripada 4 meter (Myvi pun tak sampai 4 meter panjangnya).

Garis panduan oleh Suruhanjaya Eropah. Cuba lihat posisi 3 Series didalam segmen D

Fakta menarik: Walau pembuat-pembuat kereta Eropah sendiri seperti Volkswagen dan Mercedes-Benz tidak mengiktiraf terma segmen A/B/C/D ini. Sebaliknya, mereka ada istilah-istilah dalaman sendiri yang lebih relevan bagi kerja-kerja perancangan dalaman mereka.

Contohnya, Volkswagen Group menggunakan pengelompokan ‘A00’ (Up), ‘A0’ (Polo), ‘A’ (Golf), ‘B’ (Passat), ‘C’ (Audi A4), ‘D’ (Audi A6), dan ‘E’ (Porsche Panamera). Di China pula, dimana industri kereta penumpangnya secara amnya ditetapkan oleh VW dengan Santana pertama, secara langsungnya menggunapakai kaedah pengelompokan Volkswagen. Inilah sebabnya mengapa media China merujuk Passat sebagai kereta segmen B. Mereka tidak merujuk kepada ‘standard’ yang sama dengan kita.

Volkswagen Group tidak mengiktiraf segmen A/B/C/D dengan cara yang sama seperti pengguna biasa. Istilah mereka bermula dengan ‘A00’.

Baca juga: Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan?

Mercedes-Benz pula suka cara yang lebih ‘simple’ – kelas 'Compact' merujuk kepada A-Class, B-Class, CLA-Class, dan model-model SUV terbitannya. C-Class, E-Class, dan S-Class dikategorikan sekali di bawah ‘Limousines’, manakala segmen SUV lebih besar serta van dikategorikan secara generik.

Mercedes-Benz hanya mengiktiraf segmen ‘Limousines’ bagi kereta sedan

Perkara yang sama terjadi dengan jenama-jenama Jepun. Pasukan kereta-kereta penumpang Toyota hanya menggunakan ‘Small-Low’ (Vios), ‘Small-Hi’ (Corolla Altis), dan ‘Medium’ (Camry).

Tiada gunanya bertanya dengan UMW Toyota Motor samada Corolla Cross mereka yang akan datang tentang samada ia model segmen C atau segmen B, ataupun samada ia tergolong dalam kelas yang sama dengan Honda HR-V segmen B. Bukan ini cara mereka.

Sebagai satu perniagaan yang bergantung kepada permintaan pelanggan, perkara paling penting kepada syarikat itu ialah Corolla Cross disasarkan terus kepada kumpulan pembeli Honda HR-V.

HR-V dibina di atas platform segmen B, tapi tak berfaedah bagi kita untuk debatkan yang ia tidak bersaing dengan Corolla Cross berplatform segmen C ataupun Subaru XV yang punyai kapasiti enjin lebih besar

Walaupun Corolla Cross dibina di atas platform segmen C Corolla Altis berkelas lebih tinggi dan Honda HR-V pula dibina diatas platform segmen B Honda City yang lebih kecil, maklumat ini tidak begitu bermakna bagi konsumer.

Oleh itu, penjelasan yang sama boleh kita gunakan bagi Perodua Ativa (D55L). Konsumer tak kisah Ativa berada di dalam segmen yang mana satu dan tak perlulah beritahu pembeli yang mereka tak boleh bandingkan SUV seperti Ativa dengan sedan seperti City atau Vios

Baca juga: Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios?

Pembeli akan memilih ikut keperluan dan kemahuan masing-masing. Apa-apa pun, konsumer akan beli apa-apa model yang boleh lepas ‘loan’, ataupun model yang tawarkan diskaun paling banyak, atau model yang boleh didapati dan dihantar kepada anda dengan cukup pantas.

Memanglah Perodua berhasrat untuk menarik pembeli dari senarai tempahan Proton X50, tapi takkanlah mereka nak cakap depan-depan pula. Tapi, anda mungkin tak jangka yang Perodua akan perkenalkan model baharu yang boleh ‘cantas’ pelanggan model sendiri seperti Myvi atau Aruz, bukan? Tapi yang pastinya, ‘kanibalisasi’ sikit-sikit memang tak dapat dielakkan.

Kereta Daihatsu/Perodua selalunya lebih luas berbanding tanggapan saiz luarannya

Pasaran kereta Malaysia sudah agak matang dan Total Industry Volume kita sudah tidak berkembang sepesat dan sepantas dahulu. Bagi sesuatu jenama untuk dapatkan jualan, jenama lain terpaksa kalah. Dalam hal ini, mangsanya ialah sedan-sedan segmen B buatan Jepun, dan diikuti oleh Proton X50.

Baca juga: Perodua Ativa (D55L) akan beri kesan paling besar pada Toyota Vios/Honda City, bukan Proton X50

Bagi Proton pula, mereka akan mengiktiraf Perodua Ativa sebagai kereta dalam kelas yang sama dengan X50 jikalau X50 lebih laris berbanding Ativa. Jika tidak, syarikat itu akan memilih jalan cerita lain yang lebih sesuai bagi mereka supaya mereka boleh ‘claim’ yang X50 SUV No.1 paling laris dalam kelasnya.

Lampu hadapan LED adaptif

Kisahnya sama seperti bagaimana Perodua Alza dan Proton Exora yang tergolong dalam kelas MPV yang sedikit berbeza tapi Perodua menang persaingan jualan MPV itu akhirnya. Namun, pihak PR Proton akan tetap dengan kenyataan mereka yang Proton Exora MPV No.1 paling laris dalam kelasnya. Secara teknikalnya, memang benar, tapi siapa yang Exora betul-betul kalahkan? Toyota Innova yang kosnya memang dah tinggi? Inilah ‘ulang-tayang’ senario yang sama dengan Perodua Ativa.

Cabaran bagi Perodua ialah mereka terpaksa menawan pasaran SUV kompak (samada segmen B ataupun A) dengan kereta yang lebih kecil berbanding kereta Proton kerana ini sajalah yang Daihatsu boleh berikan kepada mereka. Pokok pangkalnya, Perodua kena buat betul-betul lah dengan apa yang ada.

Perodua Ativa akan menjadi kereta paling murah yang dilengkapi dengan kawalan peluncuran adaptif (adaptive cruise control) serta lampu hadapan LED adaptif

Inilah sebabnya mengapa barisan varian Perodua Ativa dirancang seperti sedia ada. Kekurangan Ativa dari segi kuasa kuda dengan Proton X50 Standard (98 PS lawan 150 PS) ditebus semula dengan kelengkapan yang lebih baik – 6 beg udara dengan set ADAS penuh serta lampu hadapan LED adaptif, lawan 4 beg udara tanpa ADAS di dalam X50.

Baca juga: Lampu LED adaptif pada Perodua Ativa (D55L), kereta paling murah di Malaysia dengan ciri ini!

Kesimpulan

Tak perlu terlalu taksub dengan debat samada Perodua Ativa tergolong dalam segmen A atau B. Kedua-dua jawapan sama-sama salah dan betul. Anda sebagai pembeli, tugas anda hanyalah untuk memilih mengikut keperluan dan kemahuan sendiri.

Yang penting, Perodua dan Daihatsu sendiri tiada tetapan bagi segmen A atau B kerana mereka membangunkan kereta bagi memenuhi permintaan pelanggan dan bukannya menurut segmen huruf yang kurang jelas.

Ruang but Ativa dua tingkat: 303 - 369 liter

Memandangkan kereta penderma Perodua Ativa iaitu Daihatsu Rocky/Toyota Raize terpaksa mengikut kesesuaian pelanggan di Jepun (ada isu ketinggian lot parkir) dan juga Indonesia, dimensi/ukuran badan kereta yang lebih kompak amat penting. Inilah sebab mengapa ia lebih kecil berbanding Geely Binyue (Proton X50) yang lebih berfokuskan pada permintaan pelanggan China.

Perodua Ativa dan Proton X50 bukanlah bersaing secara langsung, tapi jurang posisinya di pasaran cukup rapat. Lagipun, kedua-duanya mempunyai sasaran pelanggan yang lebih kurang sama dan pastinya pelanggan akan membanding-bandingkannya juga.

Baca juga: Di Jepun, Toyota Yaris Cross ada 6 bulan senarai menunggu – lebih panas dari Perodua D55L/Raize!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Ativa

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2023 Perodua Ativa Hybrid 1.2L Review in Malaysia, The City Hybrid SUV Malaysians Need

Collecting Our 2023 Perodua Ativa Hybrid, 3.19L/100 km, RM500 per Month!

We've Sold Our 2021 Perodua Ativa AV to Carsome, How Much We Sold it For?!

How Much to Own a 2021 Perodua Ativa AV 1.0 Turbo for 1-Year/20,000 km Update

PERMANENT FIX for our Perodua Ativa Rattling Noise & First Oil Change!

2022 Proton X50 Executive 1.5T MPI Review in Malaysia, Get This Instead of the Flagship!

New Comfort & Fuel Saving Tyres for Our Reader's Proton X50, Bridgestone Ecopia H/L 001!

Proton X50 Owners Honest Review of Their X50 & Our Perodua Ativa!!

How to use Android Auto & TikTok on 2020 Proton X50 QD Link, GKUI19 Review & Tutorial

2020 Proton X70 vs Proton X50 Comparison Review in Malaysia, Which Family SUV to Buy?

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Perodua Ativa
Cek Lebih