Perodua Ativa 2021 sudahpun dilancarkan secara rasmi dengan pakej, kelengkapan, dan harga yang amat menarik. Tetapi bagaimana jika anda rasa rupa standard Ativa ini macam kureng agresif? Jangan risau, Perodua ada menawarkan aksesori Gear Up untuk SUV cilik ini.
Harga Ativa bermula dari RM 61,500 dan aksesori Gear Up ditawarkan untuk ketiga-tiga varian. Aksesori ini termasuklah kit badan spesel yang membuatkan Ativa nampak sporty berbanding kereta lain jalan raya, termasuklah Raja Jalan itu sendiri, Perodua Myvi.
Di bahagian depan, kit badan ini menyerlahkan rupa Aruz-mini dengan penambahan seakan-akan “taring” yang tajam di apron depan.
Tema sporty ini juga bersambung di bahagian sisi dengan garisan krom di bahagian skirting. Penggunaan krom juga ada di bahagian pemegang plet nombor dan juga di tip ekzos (walaupun ini hanya krom palsu).
Aksesori ini digelar “Blaze”, dan harga kit badan ini adalah RM 2,500. Kalau anda perasaan, rekaan ini unik untuk Perodua Ativa sahaja, tiada kena mengena dengan kit Modellista mahupun GR Sport.
Selain eksterior, Perodua juga menawarkan aksesori interior seperti:
Juga terdapat pakej utiliti yang merangkumi visor pintu, tray barang, dan juga karpet coil mat. Pakej ini berharga RM 360.
Seperti aksesori Gear Up yang ditawarkan pada model Perodua yang lain, ianya sekadar penambahan visual sahaja. Tapi enjin 1.0 liter bercas turbo tuh dah cukup laju.
Spesifikasi Perodua Ativa 2021 | |
---|---|
Enjin | 1.0L 3 silinder bercas turbo 1KR-VET |
Kuasa | 98 PS |
Tork | 140 Nm |
Transmisi | Automatik D-CVT |
Pacuan | Roda depan |
Paling penting, Ativa dilengkapi dengan pelbagai ciri yang mantap seperti ASA 3.0 dan juga kereta paling murah di Malaysia dengan lampu depan adaptif.
Kami yakin Perodua Ativa ini bakal menjadi raja baru di jalan raya serta model Perodua paling best setakat ini. Tak percaya? Anda boleh baca rebiu ringkas kami disini!
Juga baca:
Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!
Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!
Perodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?
Lampu LED adaptif pada Perodua Ativa (D55L), kereta paling murah di Malaysia dengan ciri ini!
Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya
Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios?
Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship?
Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton?
Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT?
Mitos atau fakta – Perodua Ativa (D55L) ada tayar ganti ataupun tidak?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}