window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai?

Haris · Oct 16, 2021 02:00 PM

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 01

Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd telah tampil dengan nafas baharu untuk model motosikal naked, Modenas Pulsar NS200. Tidak mahu lagi ‘tenggelam’ dalam kebanjiran model-model sedia ada dalam pasaran, rekaan Modenas Pulsar NS200 2021 ini tampil berani dengan blok warna terang, disamping rekaan rim berwarna putih.

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penampilan baharu ini diberi percuma - kerana Modenas masih mengekalkan harga Modenas Pulsar NS200 2021 ini pada harga kompetitif RM 9,990. Justeru di sini mari kita lihat apa yang berbeza dan mengapa ia sepatutnya menjadi pilihan anda.

1. Macho bergaya

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 01

Rekaan motosikal naked Modenas Pulsar NS200 sangat disyorkan bagi mereka yang lebih berumur, matang dan maskulin. Janggal rasanya melihat pakcik-pakcik membawa motor dengan rekaan tajam seperti motosikal ADV (Adventure) atau Raja Tork. Modenas Pulsar NS200 terasa lebih sesuai, mirip ejen perisik Bond mahupun Mission Impossible.

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 02

Antara perincian kecil yang baharu dapat dilihat pada Modenas Pulsar NS200 adalah corak gentian karbon pada bahagian fender, kaliper brek berwarna hitam (sebelum ini berwarna gangsa) dan warna badan yang kelihatan efek wrap. Rim berwarna putih juga tidak dibiarkan begitu sahaja, dihiasi dengan sedikit pelekat yang nampak sporty.

2. Tahan lasak

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 03

Penulis sendiri mempunyai Modenas Pulsar NS200. Pada masa yang sama, penulis juga pernah memiliki sebuah jenama motosikal dari Tanah Besar atau sekitarnya yang memberi pengalaman pemilikan yang kurang menyenangkan. Justeru, berdasarkan pengalaman pemilikan, Modenas Pulsar NS200 jauh lebih tahan lasak daripada 60% jenama yang tidak ketahuan di luar sana.

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 04

Bukan itu sahaja, masih mudah untuk mencari bengkel-bengkel yang mahu memperbetulkan sebarang masalah Modenas Pulsar NS200 dengan baik. Ia masih lagi tidak boleh lari dari masalah-masalah kecil namun secara keseluruhannya, boleh dikatakan agak tahan lasak.

3. Sesuai untuk jalan jauh atau dekat

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 05

Apabila motosikal naked model FZ150 dihentikan pengeluaran, tiada lagi sebuah motosikal yang dapat menggantikannya - jimat minyak, murah, cukup berkuasa dan mampu melakukan perjalanan jarak jauh.

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 06

Modenas Pulsar NS200 adalah pengganti yang tepat, walaupun berlainan jenama. Kuasa enjin silinder tunggal empat lejang, 199.5 cc, sejukan cecair dengan teknologi DTS-i (Digital Triple Spark Ignition) cukup untuk menepati 3 ciri di atas. Pada harga bawah RM 10k pula, ia sememangnya suatu pembelian yang berbaloi. Jika anda mencari sebuah motosikal untuk berulang-alik pergi ke kerja, seperti mana tugas FZ150 dahulu, pertimbangkan Modenas Pulsar NS200 sebaiknya.

4. Lebih baik dari kapcai

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 07

Jika anda mencari sebuah model pengenalan untuk berjinak-jinak dalam motosikal berprestasi tinggi, Modenas Pulsar NS200 2021 adalah antara model yang sangat disyorkan. Malah, harga di bawah RM 10k mungkin alasan paling mudah untuk mengesyorkannya.

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 08

Kekurangannya mungkin sekali posisi tempat duduk yang sedikit menegak, berbeza dengan posisi motosikal dengan karakter tunggangan sporty. Namun untuk model dengan karakter tunggangan jalanan (street) atau kembara (touring), Modenas Pulsar NS200 adalah sebuah motosikal yang cukup sesuai sebelum berjinak-jinak ke motosikal bersesaran tinggi.

5. Kos keseluruhan yang rendah

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 09

Kos pemilikan keseluruhan bagi Modenas Pulsar NS200 boleh dikatakan rendah. Sebagai perspektif, perjalanan sejauh 40 km hanya memakan satu takuk minyak dengan tangki berkapasiti 12 liter

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 10

Sudah tentu, penggunaan motor kapcai lebih jimat tetapi dengan posisi memandu dan keselesaan pada perjalanan jarak jauh, Modenas Pulsar NS200 lebih munasabah untuk ditunggang. Apatah lagi dengan pilihan kotak belakang atau sisi, ianya akan jauh lebih praktikal berbanding motosikal kapcai.

5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai? 11

Apa kata pertimbangkan Modenas Pulsar NS200? Kini dengan penampilan yang lebih menarik, apa lagi yang masih menghambat anda dari merasai potensi motosikal naked ini? Nyatakan di bahagian komen!

Baca: Modenas Pulsar NS200 ABS 2021 dikemaskini, harga asas kekal RM

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda