PT Suzuki Indomobil Sales telah memulakan revolusi pertama dengan LMPV enjin hibrid pertama di Indonesia melalui pelancaran Suzuki Ertiga Hybrid. Model ini merupakan model generasi kedua, diambil daripada model yang sama dijual di India.
Sebagai rujukan, Suzuki Ertiga generasi pertama ada di-rebadge di Malaysia sebagai Proton Ertiga.
Walaupun terdiri daripada 2 trim utama, pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan melihat sejumlah 7 varian yang berharga seperti berikut:
Cara mudah untuk membezakan 2 aras trim utama ialah melalui trim kayu dalaman untuk GX manakala trim karbon tiruan pada Sport. MPV ini dibangunkan di atas platform HEARTECT yang baharu hasil kemajuan Suzuki.
Baca: Toyota Fortuner versi 'hibrid' bakal tiba pada tahun 2023, akan guna teknologi Ertiga Hybrid?
Menggunakan sistem hibrid ringan, digelar Suzuki Smart Hybrid dan masih berasaskan enjin 4-silinder 1.5 liter K15B yang sama tetapi dengan penyepaduan 2 komponen tambahan iaitu:
Lantas menjadikan output kuasa kepada 105 PS dan 138 Nm tork.
Sistem ini berfungsi dengan mematikan enjin apabila kereta berhenti tanpa gangguan pada alatan kelengkapan lain seperti penghawa dingin dan radio. Hal ini bermakna lebih penjimatan bahan api namun berdasarkan bacaan, ia tidak signifikan. Kelihatannya, ciri penghawa dingin yang boleh dihidupkan ketika enjin mati adalah suatu ciri yang didambakan pengguna di Nusantara.
Diletakkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan, bateri membekalkan kuasa untuk menjalankan alat bantu apabila enjin dimatikan buat sementara waktu dalam trafik oleh sistem henti mula.
Sama seperti hibrid ringan yang lebih baharu, ISG dan bateri menghidupkan semula enjin apabila pemandu menekan pendikit. Ini membawa kepada 'penghidup' semula enjin petrol yang lebih lancar dan senyap.
Selain daripada beberapa perincian utama tersebut, Suzuki telah melakukan lebih banyak semakan pada Ertiga. Antaranya adalah:
Suzuki Ertiga Hybrid ditampilkan dalam 7 warna berbeza, Pearl Snow White, Prime Cool Black, Metallic Magma Grey, New Mellow Deep Red, Metallic Silky Silver, Pearl Brave Khaki dan Pearl Burgundy Red.
Kesemua varian datang dengan jaminan bateri selama 5 tahun atau 100,000 km, yang mana datang dahulu.
Anjakan paradigma ini mungkin nampak ringkas namun melihatkan komitmen kerajaan Indonesia dalam mempromosikan kenderaan elektrik, hybrid dan mesra alam di sana, tidak mustahil mereka akan mampu menangani masalah alam sekitar dengan lebih baik berbanding jirannya. - AutoFun
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}