Toyota Fortuner versi 'hibrid' bakal tiba pada tahun 2023, akan guna teknologi Ertiga Hybrid?
Faisal Β· Jun 3, 2022 04:00 PM
0
0
Toyota Fortuner Hybrid dikhabarkan tiba di Thailand pada tahun 2023
Pakai enjin 2.8L turbodiesel 1GD-FTV dengan gabungan system hibrid
Teknologi hibrid sederhana, seperti Suzuki Ertiga Hybrid 2022
Bagi anda yang belum tahu,Toyota Fortuner versi Hybrid sedang giat dibangunkan. Menariknya, laporan baru dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa SUV perkasa ini akan dikuasakan oleh enjin diesel 1GD yang turut disokong oleh system hibrid. Trenkuasa ini akan dikenal sebagai GD Hybrid.
Menurut AutoIndustriya, Toyota Fortuner Hybrid akan tiba di Thailand pada tahun depan. Sumber dari Toyota Thailand sendiri mendedahkan bahawa model ini sedang dalam fasa pembangunan dan sekiranya berjalan dengan lancar, versi produksinya akan didedahkan secara umum pada tahun hadapan.
Apapun setakat ini, makluman dan butiran lanjut masih belum diketahui.
Apa yang jelasnya ialah Fortuner Hybrid bakal guna enjin 2.8L sama dengan varian biasa iaitu berkuasa 204 PS dan 500 Nm tork tetapi dengan penambahan sistem Integrated Starter Generator (ISG) yang diambil dari model Suzuki Ertiga Hybrid baru.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.