window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Toyota Fortuner ini ada tandas, siap dengan tali pinggang & paip air untuk 'cebok'

Faisal Β· Aug 27, 2022 04:00 PM

Video: Toyota Fortuner ini ada tandas, siap dengan tali pinggang & paip air untuk 'cebok' 01

  • But Toyota Fortuner ini ditambah dengan tandas
  • Ruang roiletnya agak sempit
  • Sudah jadi trend di India sewaktu pandemik Covid-19

Baru-baru ini, tertular satu klip video Youtube Revokids Vlogs dari India yang memaparkan seorang pemilik Toyota Fortuner yang telah mengubah suai separuh daripada but belakangnya kepada sebuah tandas. Kalau diperhatikan, separuh daripada tempat duduk baris ketiganya diganti dengan sebuah pintu rahsia iaitu tandas tersebut.

Malah, pemilik SUV itu turut menunjukkan bahawa ia boleh diakses dari bahagian dalam, sesuai sangatlah untuk penumpang yang mahu buang air sewaktu dalam perjalanan. Tak perlu susah payah nak berhenti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Video: Toyota Fortuner ini ada tandas, siap dengan tali pinggang & paip air untuk 'cebok' 01

Berdasarkan vlog beliau, Fortuner itu diubah suai oleh Ojes Automobiles dan merekalah yang  memasang tandas ke dalam but SUV tersebut. Untuk makluman anda, tandas itu lengkap dengan mangkuk, paip, saluran air dan penutup. Malah pada bahagian belakang, ada tangki khas untuk bawa air bersih.

Apapun, beliau tidak memaklumkan langsung tentang bagaimana najis itu dibuang tetapi ia mungkin prinsip sama yang diguna oleh kapal terbang iaitu jenis penyedut vakum.

Video: Toyota Fortuner ini ada tandas, siap dengan tali pinggang & paip air untuk 'cebok' 02

Untuk makluman anda, modifikasi ini mula menjadi trend di India sewaktu pandemik Covid-19 melanda kerana pengguna hendak mengelak daripada terjangkit. Jadi, tandas awam adalah antara tempat yang dielak.

Video: Toyota Fortuner ini ada tandas, siap dengan tali pinggang & paip air untuk 'cebok' 03

Walau bagaimanapun, pemilik Fortuner ini memberitahu bahawa tandas itu cukup sempit dan pengguna perlu menunduk kerana ruang kepala yang ada sangatlah terhad.

Lagi satu, tandas ini juga hanya disarankan untuk diguna sewaktu kereta berhenti kerana pergerakan kenderaan boleh membuatkan air terpercik keluar. Yang menariknya, tandas ini tetap dilengkapkan dengan tali keledar.

Bijak tak inovasi ini?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Fortuner 2.4 AT 4x4

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda