window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Fortuner versi 'hibrid' bakal tiba pada tahun 2023, akan guna teknologi Ertiga Hybrid?

Faisal Β· Jun 3, 2022 04:00 PM

Toyota Fortuner versi 'hibrid' bakal tiba pada tahun 2023, akan guna teknologi Ertiga Hybrid? 01

  • Toyota Fortuner Hybrid dikhabarkan tiba di Thailand pada tahun 2023
  • Pakai enjin 2.8L turbodiesel 1GD-FTV dengan gabungan system hibrid
  • Teknologi hibrid sederhana, seperti Suzuki Ertiga Hybrid 2022

Bagi anda yang belum tahu, Toyota Fortuner versi Hybrid sedang giat dibangunkan. Menariknya, laporan baru dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa SUV perkasa ini akan dikuasakan oleh enjin diesel 1GD yang turut disokong oleh system hibrid. Trenkuasa ini akan dikenal sebagai GD Hybrid.

Toyota Fortuner versi 'hibrid' bakal tiba pada tahun 2023, akan guna teknologi Ertiga Hybrid? 02

Toyota Fortuner GR Sport.

Menurut AutoIndustriya, Toyota Fortuner Hybrid akan tiba di Thailand pada tahun depan. Sumber dari Toyota Thailand sendiri mendedahkan bahawa model ini sedang dalam fasa pembangunan dan sekiranya berjalan dengan lancar, versi produksinya akan didedahkan secara umum pada tahun hadapan.

Apapun setakat ini, makluman dan butiran lanjut masih belum diketahui.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaToyota Fortuner GR Sport rasmi di Thailand - lebih sporty dengan sistem suspensi, brek GR, harga RM 240k!

Toyota Fortuner versi 'hibrid' bakal tiba pada tahun 2023, akan guna teknologi Ertiga Hybrid? 01

Sistem hibrid sederhana yang ada pada Suzuki Ertiga Hybrid 2022.

Apa yang jelasnya ialah Fortuner Hybrid bakal guna enjin 2.8L sama dengan varian biasa iaitu berkuasa 204 PS dan 500 Nm tork tetapi dengan penambahan sistem Integrated Starter Generator (ISG) yang diambil dari model Suzuki Ertiga Hybrid baru.

Juga bacaToyota patenkan nama Innova Hycross – bermakna model baru seterusnya akan mempunyai enjin hibrid?

Toyota Fortuner versi 'hibrid' bakal tiba pada tahun 2023, akan guna teknologi Ertiga Hybrid? 02

Bayangkan enjin 2.8L turbodiesel ini tetapi dengan penambahan sistem hibrid sederhana.

Secara teknikal, sistem ini membantu memberikan tork tambahan pada kelajuan rendah serta melancarkan lagi fungsi Auto Start/Stop.

Toyota Fortuner versi 'hibrid' bakal tiba pada tahun 2023, akan guna teknologi Ertiga Hybrid? 03

Toyota Innova elektrik yang dipamerkan di IIMS 2022 baru-baru ini.

Setelah dirasmikan nanti, Fortuner Hybrid akan menjadi model diesel Toyota pertama yang menggunakan teknologi hibrid sederhana.

Untuk itu, sama-sama kita nantikan.

Juga bacaToyota Innova EV Concept - kereta rakyat Indonesia kini dielektrifikasi, pamer hala tuju mereka?

Imej dan video: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Fortuner 2.4 AT 4x4

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda