window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

60% jalan raya di Selangor dah ‘expired’, perlu masa 10 tahun atau lebih untuk 'overhaul'

Mersita · Feb 9, 2021 06:00 PM

60% jalan raya di Selangor dah ‘expired’, perlu masa 10 tahun atau lebih untuk 'overhaul' 01

Gambar hiasan. Sumber: FB JKR Kuari Pusat Bukit Buloh

Jalan raya, dimana binaannya terdiri daripada beberapa lapisan turapan, semuanya ada jangka hayat tertentu. Di Malaysia, kita seringkali disajikan berita tentang orang kemalangan disebabkan jalan raya rosak dan kisah-kisah orang awam yang mengerah tenaga sendiri untuk membaiki lubang-lubang jalan kerana hilang sabar menunggu pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Satu laporan oleh The Star yang menceritakan tentang kondisi jalan raya di Selangor memberikan kita gambaran lebih jelas tentang masalah yang dihadapi masa kini tentang kebolehtahanan jalan raya kita terhadap kerosakan serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak bertanggungjawab.

60% jalan raya di Selangor dah ‘expired’, perlu masa 10 tahun atau lebih untuk 'overhaul' 02

YB Ir Izham bin Hashim. Gambar: Malay Mail oleh Mukhriz Hazim

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Ir Izham bin Hashim berkata sebahagian besar jalan raya di Selangor sudah sampai 'tarikh luput'nya dan jalan-jalan ini sudah berusia antara 30 dan 40 tahun. Beliau memberitahu jalan raya selalunya mencapai umur kematangan dalam 15 ke 20 tahun, bergantung kepada penggunaannya.

“Selepas tempoh ini, kerja-kerja naiktaraf mesti dilakukan, terutama sekali pada lapisan-lapisan ‘subgrade’ dan ‘sub-base’,” kata beliau. Jika perkara ini tidak dilaksanakan, langkah sementara seperti menampal jalan akan jadi sia-sia kerana tampalan tidak akan tahan lama dan kerosakan akan kembali dalam jangka masa singkat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

60% jalan raya di Selangor dah ‘expired’, perlu masa 10 tahun atau lebih untuk 'overhaul' 01

Gambar: Taman Putra Prima 8A Puchong

Beliau juga mengaitkan kenderaan berat yang menjadi penyumbang utama kepada kerosakan jalan raya yang kerap dan kebolehannya dalam memendekkan jangka hayat jalan raya.

Oleh itu, apakah yang boleh dilakukan oleh pihak bertanggungjawab bagi isu 'tarikh luput' jalan raya di Selangor atau di lain-lain negeri? Usaha ‘overhaul’ jalan raya bukanlah semudah menampal jalan raya berlubang – walau masalah sekecil lubang jalan pun ambil masa yang lama untuk dibaiki melainkan yang terlibat kemalangan tersebut seorang Menteri.

60% jalan raya di Selangor dah ‘expired’, perlu masa 10 tahun atau lebih untuk 'overhaul' 02

Izham memberitahu yang kerajaan negeri berganding bahu dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor bagi mengenal pasti jalan raya yang mempunyai kerosakan struktur dan satu garis masa sudahpun dijadualkan untuk membaikinya.

Persoalannya, usaha ini akan ambil masa berapa lama? Beliau menganggarkan yang mereka memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk membetulkan beberapa ribu kilometer jalan raya yang rosak.

60% jalan raya di Selangor dah ‘expired’, perlu masa 10 tahun atau lebih untuk 'overhaul' 03

Sumber

Usaha ini makin dirumitkan dengan isu-isu lain seperti kos yang tinggi, kontraktor yang culas dalam pelaksanaan kerja-kerja pembaikan mereka, dan yang paling penting masalah mengalihkan kabel-kabel dan utiliti bawah tanah.

Sementara perkara ini diselesaikan, kerja-kerja pembaikan lubang jalan haruslah dijalankan dengan lebih efektif dan pantas. Perkara ini memerlukan banyak kerjasama dan sifat proaktif dari pelbagai pihak. Dana khas juga haruslah ditubuhkan untuk menyelenggara dan membaiki jalan raya awam di Malaysia kerana cukai jalan 'tak jalan' pun.

60% jalan raya di Selangor dah ‘expired’, perlu masa 10 tahun atau lebih untuk 'overhaul' 04

Menurut Izham, buat masa ini, pihak berkuasa negeri Selangor ada rancangan untuk memperkenalkan kaedah baru bagi proses pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya – antaranya penggunaan mesin penampal jet dan termal untuk proses penampalan lebih efektif dan pantas.

Mesin penampal termal, misalnya, bukan saja satu kaedah yang mesra alam, tapi ia juga boleh menghasilkan tampalan yang kemas, kekal, dan mengembalikan semula kualiti asal jalan raya yang ditampal. Mesin termal yang digunakan di negara luar membolehkan proses tampalan dilakukan dengan tenaga kerja yang minimal dalam masa lebih kurang 10 minit.

60% jalan raya di Selangor dah ‘expired’, perlu masa 10 tahun atau lebih untuk 'overhaul' 05

Banyak kes kematian terjadi akibat terlanggar lubang jalan

Izham juga menambah yang kelewatan kerja-kerja penampalan lubang jalan boleh jadi disebabkan oleh terlalu banyak agensi yang terlibat serta kekurangan dana dan komunikasi antara pihak berkuasa.

Beliau berkata majlis perbandaran tempatan dan JKR Selangor mempunyai bajet tahunan yang dikhaskan untuk membaiki jalan di bawah dana Marris (Malaysian Road Record Information System), namun sistem sebegini tiada bagi jalan raya persekutuan.

60% jalan raya di Selangor dah ‘expired’, perlu masa 10 tahun atau lebih untuk 'overhaul' 06

Sumber

Pada tahun 2019, beliau pernah mencadangkan penstrukturan semula pemilikan dan penyelenggaraan jalan raya di Selangor supaya ia jatuh di bawah dua agensi sahaja iaitu majlis-majlis tempatan dan JKR negeri terlibat.

Namun, kata beliau proses ini perlahan dan perbincangannya masih lagi berjalan.

60% jalan raya di Selangor dah ‘expired’, perlu masa 10 tahun atau lebih untuk 'overhaul' 07

10 tahun? Duduk sajalah sambil tunggu. Sumber

Nak buat macam mana? Kita duduk tunggu dan lihat sajalah. Mungkin ramai yang lebih percaya dengan kecekapan kumpulan bebas seperti Brotherhood Lando Zawawi. Sementara itu, pandulah dengan berhati-hati di jalan raya.

Sumber: The Star

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda