Proton
Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 Standard AT 2021 - Tak malu pun walau ada BMW & Honda
433
Bercakap dalam sesi soal jawab tersebut, En. Hazrin Fazail Haroon, Pengarah Kumpulan Kejuruteraan Proton menyatakan bahawa terdapat rancangan untuk menggunakan enjin 1.5 liter Turbo dalam model Proton yang lain. Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai model apa yang dimaksudkan.
Enjin 1.5 liter Turbo tersebut dipasang pada Proton X50 varian selain varian Flagship. Enjin tiga silinder 1.5 liter berkuasa Turbo dengan liang suntikan pelbagai (MPI) ini mampu menjana sebanyak 150 PS kuasa kuda dan 226 Nm tork.
Baru-baru ini, terdapat 2 buah model dari Proton yang diintip dengan penyamaran iaitu Proton Persona dan Proton Iriz.
Kedua-duanya merupakan model segmen B tetapi melalui gambar intipan tersebut, Proton Iriz mengenakan rel bumbung mirip model konsep Proton Iriz Active. Carian pantas pada laman web MyIPO sememangnya menunjukkan tanda nama ‘Proton Iriz Active’ telah didaftarkan beberapa tahun yang lalu.
Proton Iriz Active sememangnya sudah lama dalam perancangan Proton, selain Proton Iriz Turbo yang kami jumpai untuk dilupuskan beberapa ketika yang lalu.
Walaubagaimanapun, perubahan pada Proton Iriz dijangka sekadar kemaskini kecil seperti kosmetik dan transmisi. Perubahan enjin pada Proton Iriz akan memakan belanja yang lebih besar dan lama, kurang sesuai untuk sebuah model yang memerlukan kemaskini yang lebih cepat.
Sungguhpun begitu, perancangan Proton untuk membangunkan 2 buah model baharu selepas Proton X50 (sebuah SUV dan sebuah model lain) kelihatan lebih sesuai untuk penggunaan enjin 1.5 Turbo MPI ini. Model baharu yang dijangka hadir sebagai pengganti Proton Exora ini nampak lebih bersesuaian dengan enjin tersebut.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
182