window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa barang Avanza, Xpander? Kia Carens 2022 terima hampir 20k tempahan dalam 6 hari, laku teruk di India!

Mersita · Feb 23, 2022 09:00 AM

Apa barang Avanza, Xpander? Kia Carens 2022 terima hampir 20k tempahan dalam 6 hari, laku teruk di India! 01

Kia Carens 2022 serba baru yang dilancarkan di India tepat seminggu lalu (15 Feb) dilaporkan telah menerima lebih 19,000 tempahan dan kini mempunyai masa menunggu sehingga 14 minggu! Sambutan memberangsangkan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh harganya yang cukup berdaya saing iaitu INR 8.99 – 16.99 Lakh (~RM 50,433 – 95,262) sebelum OTR.

Apa barang Avanza, Xpander? Kia Carens 2022 terima hampir 20k tempahan dalam 6 hari, laku teruk di India! 02

Dipasarkan sebagai ‘kenderaan rekreasi’, MPV dengan tiga baris tempat duduk ini menawarkan pakej yang cukup menarik untuk harganya. Menurut laporan AutoCar India, disebabkan tiada banyak pilihan untuk enjin diesel dalam kategori MPV 7 tempat duduk, Kia India jelas melihat lebihan 50 peratus permintaan bagi varian diesel.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa barang Avanza, Xpander? Kia Carens 2022 terima hampir 20k tempahan dalam 6 hari, laku teruk di India! 01

Harganya juga yang berada dalam spektrum rendah di pasaran MPV menjadikannya pilihan kereta diesel automatik yang cukup menarik perhatian pembeli di India.

Ia didatangkan dengan 6 beg udara, paparan meter digital, skrin sentuh infotainment 10.25 inci dengan sambungan Kia Connect, butang lipat kerusi auto untuk barisan kedua, sunroof, sistem bunyi Bose, stereng teleskopik, serta TPM dan ESC antaranya.

Baca juga: Sekarang tahun 2022 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu!

Apa barang Avanza, Xpander? Kia Carens 2022 terima hampir 20k tempahan dalam 6 hari, laku teruk di India! 02

Kia Carens di pasaran India ditawarkan dengan tiga pilihan enjin iaitu enjin diesel 1.5 liter CRDi VGT (112 PS/250 Nm), petrol 1.5 liter Smartstream ‘naturally aspirated’ (112 PS/144 Nm), dan petrol 1.4 liter T-GDi berpengecas turbo (136 PS/242 Nm).

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear manual 6 kelajuan sebagai standard, manakala pilihan transmisi diberi untuk varian diesel (automatik 6 kelajuan) dan petrol turbo (DCT 7 kelajuan).

Apa barang Avanza, Xpander? Kia Carens 2022 terima hampir 20k tempahan dalam 6 hari, laku teruk di India! 03

Ia ditawarkan dalam lima trim iaitu Premium, Prestige, Prestige Plus, Luxury, dan Luxury Plus; dimana opsyen 6 tempat duduk ditawarkan bagi trim tertinggi dan selebihnya datang standard dengan 7 tempat duduk.

Baca juga: Kia Carens serba baharu 2022 membuat debut – kini ala SUV, Xpander, Aruz, BR-V boleh tercabar?

Apa barang Avanza, Xpander? Kia Carens 2022 terima hampir 20k tempahan dalam 6 hari, laku teruk di India! 04

Selain itu, portal itu juga mengatakan bahawa disebabkan permintaan yang tinggi bagi Kia Carens, kilang Kia yang terletak di Anantapur, Andhra Pradesh merancang untuk meningkatkan sasaran produksi dengan pengenalan waktu bekerja (shift) ketiga pada bulan depan bagi mengurangkan masa menunggu pelanggan.

Kilang Kia di India juga merupakan kilang utama bagi penghasilan Kia Carens, dimana 20 peratus daripadanya akan dieksport ke luar negara. Adakah Malaysia akan jadi salah satu daripadanya?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carens Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda